Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Sunday 13 November 2011

Kenapa hudud yang menjadi pertikaian di kalangan umat Islam?


Akhir – akhir ini sering kali terdengar perdebatan tentang hukum hudud.
 Apa itu hudud ?
Hudud ialah hukuman yang telah ditetapkan oleh allah seperti mana yang terkandung dalam Al – quran dan hadis. Hukuman hudud ini adlah hak allah , kita sebagai manusia yang mengaku beriman dan bertaqwa kepada allah maka wajib kepada kita untuk patuh dan taat kepada allah.

Kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud

Kesalahan yang disabitkan hukuman hudud itu ialah berzina, menuduh orang berzina, meminum arak, mencuri, murtad , merompak dan menderhaka kepada pemerintah yang menjalankan syariat islam dan hukum- hukum allah

Pengertian / maknanya adalah seperti berikut :

  1. Berzina - iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara'.
  2. Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
  3. Minum arak - minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.
  4. Mencuri - iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
  5. Murtad - iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.
  6. Merompak  iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
  7. Penderhaka  iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah  yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum Islam.

Yang menjadi perdebatan adakah hudud sesuai untuk zaman sekarang dan dalam Susana yang berbilang kaum seperti di Malaysia ??
Bagi saya sebagai hamba allah, saya serahkan sepenuhnya kepada orang- orang yang lebih arif tentang hal ini…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...