Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Sunday 27 November 2011

‘Mahu jadi sehebat Apek’


BALING: Kanak-kanak lelaki yang menggemparkan negara kerana mempunyai berat badan 115 kilogram ketika menyertai upacara Khatan Perdana kenduri 1Malaysia, di sini, kelmarin bercita-cita menjadi seperti penjaga gol pasukan harimau muda, Mohd Khairul Fahmi Che Mat (Apek) satu hari nanti.
Mohd Aiman Hakimi Hanafi, 11, berkata, walaupun dia mungkin tidak mampu menjadi penjaga gol pasukan negara seperti Apek, satu hari nanti namun dia tetap berazam menjadi sehebat idolanya itu. dalam apa jua bidang disertainya. “Saya tak kisah begini kerana saya tidak pernah ambil hati dengan kata-kata orang. Kebanyakan orang juga menerima saya dan mereka berkawan dengan saya seperti biasa. “Sukan yang paling saya minat adalah bola sepak dan saya paling suka posisi penjaga gol bila bermain dengan rakan pada waktu petang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sadek, Mukim Kupang, di sini, semalam.

Mohd Aiman antara 400 kanak-kanak yang menyertai majlis berkhatan anjuran Kelab Putera 1Malaysia dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Baling/Sik dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Putera, di sini, kelmarin.
Sementara itu, ibu Mohd Aiman, Jamilah Awang, 38, berkata, anaknya itu dilahirkan normal dengan berat badan 3.2 kilogram, namun sehingga usia dua tahun dia hanya minum susu berasaskan soya yang disyorkan doktor.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...