Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday 17 November 2011

Qariah muda antarabangsa dapat 5A UPSR


BESUT 17 Nov. - Nurussyahamah Taqiah Nurunnajmi yang mengharumkan nama negara apabila menang tempat ketiga Tilawah al-Quran Kanak-kanak Peringkat Antarabangsa di Qatar, Ogos lalu memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 yang diumumkan hari ini.
Nurussyahamah Taqiah, 12, yang merupakan antara 830 murid cemerlang di daerah ini menerima slip keputusan itu daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah, Zaharah Che Teh.
Turut menemani calon itu menerima keputusan UPSR ialah bapanya, Nurunajmi Yaakob dan ibu, Sauzan Ibrahim yang berkongsi kegembiraan dengan pencapaian itu sekali gus menepati harapan kedua ibu bapanya serta sasaran Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah.
Nurussyahamah Taqiah menyertai pertandingan akhir tilawah anjuran Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Qatar dan saluran TV kanak-kanak Al Jazeera pada 26 Ogos lalu.
Dia berjaya melepasi ujian di peringkat separuh akhir yang diadakan pada 22 hingga 28 Jun lalu di Doha melibatkan 63 peserta hasil dua ujian saringan membabitkan 4,000 kanak-kanak dari seluruh dunia dan 49 daripadanya adalah dari Malaysia.
Nurussyahamah Taqiah khatam al-Quran sebanyak empat kali semasa berumur enam tahun dan pernah menjadi johan tilawah program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-Qaf) peringkat negeriTerengganu pada 2007 dan 2008 serta tiga kali mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...