Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday 17 November 2011

Penguasaan bahasa Inggeris graduan masih rendah


IPOH 14 Nov. – Kerajaan memandang serius kebimbangan warga industri di negara ini mengenai tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan graduan serta lepasan sekolah yang masih rendah sehingga menjejaskan pengisian modal insan di sektor-sektor kritikal.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, berdasarkan maklum balas daripada siri pertemuan kementerian itu dengan warga industri di seluruh negara, isu kemampuan berkomunikasi adalah antara perkara yang sering mendapat perhatian.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan sedang dan akan mengambil beberapa langkah penting termasuk memperkasa Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) bagi melahirkan tenaga kerja mahir yang lebih kompetetif di pasaran pekerjaan.
‘‘Kita mengambil serius perkara-perkara yang dibangkitkan warga industri dalam perjumpaan begini. Isu seperti (penguasaan) bahasa Inggeris serta input-input bagaimana pihak industri boleh membantu, akan kita teliti.
‘‘Ini penting untuk kita pastikan tenaga kerja yang kita hendak lahirkan benar-benar menepati keperluan pihak industri,” katanya ketika berucap pada program Luncheon Talk anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran di sini, hari ini.
Majlis itu yang dihadiri para pegawai agensi kerajaan Perseketuan dan negeri serta wakil warga industri di negeri ini, dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.
Rata-rata wakil warga industri yang membentangkan kertas kerja dalam perjumpaan itu, membangkitkan isu tahap penguasaan bahasa Inggeris yang rendah selain keperluan mendapatkan pekerja yang mampu melakukan pelbagai tugasan atau multitasking.
Maznah berkata, pasaran pekerjaan di negara ini semakin mencabar dengan tuntutan majikan yang pelbagai selaras dengan keperluan semasa termasuk mahukan pekerja yang lebih kreatif dan berdaya saing.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...