Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday, 17 November 2011

Rasulullah garis empat tahap pendidikan jadi anak salih


ANAK- anak adalah anugerah dan nikmat terbesar daripada Allah SWT kepada hamba-Nya kepada pasangan yang telah berkahwin. Dan salah satu tujuan berkahwin itu adalah untuk mendapatkan anak @ zuriat. Anak -anak inilah yang akan menjadi saham dan membawa keuntungan berlipat ganda jika mereka dididik dan dibentuk dengan baik serta menjadi anak yang soleh.
Ibu bapa wajib mengambil tahu akan masa depan anak masing- masing. Jika mereka diabaikan tidak mustahil akan menjadi anak yang terbiar dan pada masa depan menjadi sampah kepada masyarakat serta negara. Justeru, memiliki anak yang salih serta baik budi pekerti menjadi impian setiap ibu bapa dan keluarga.

Contohnya, kisah Nabi Zakaria yang sudah lanjut usia tetapi belum dikurniakan anak untuk menjadi pewaris keturunannya. Lalu Nabi Zakaria memohon dengan berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan anak yang soleh.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.” (Surah Ali-Imran, ayat 38)