Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Tuesday 29 November 2011

NFC: CEO beri keterangan



NFC: CEO beri keterangan
SHAH ALAM – Polis merakamkan percakapan lebih empat individu termasuk Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dalam siasatan dakwaan penyalahgunaan wang pinjaman kerajaan berkaitan pembelian kondominium mewah bernilai RM9.8 juta.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, Mohamad Salleh hadir di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, kelmarin untuk membantu polis menjalankan siasatan.

“Beliau (Mohamad Salleh) juga hadir hari ini (semalam), di JSJK untuk menyerahkan dan mengemukakan butiran tertentu berhubung kes tersebut. Siasatan berjalan lancar sejak kita ambil alih kes ini daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Sehingga kini, kita sudah memanggil lebih empat individu untuk dirakamkan percakapan,” katanya pada sidang media selepas majlis peras­mian bangunan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, semalam.

Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan untuk memanggil isteri Mohamad Salleh yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi membantu siasatan.

“Isu yang ditimbulkan akan disia­sat, umpamanya isu pembelian kondominium mewah dan juga berkaitan NFC.

“Saya juga sudah arahkan pegawai penyiasat untuk beri keutamaan terhadap kes ini kerana banyak perkara menarik dalam kes ini,” katanya.

Isu itu meletus selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa syarikat tersebut menggunakan dana NFC untuk membeli seunit kondominium mewah.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mendakwa, NFC melakukan transaksi pindahan wang dari akaun semasa pada 2 Disember di Bank CIMB cawangan Taman Tun Dr Ismail kepada Bandar Raya Development Berhad (BRDB), untuk tujuan pembayaran sebuah kondominium.

Seminggu kemudian, Mohamad Salleh tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...