Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Wednesday 16 November 2011

Iman lagi


Pening dengan persekitaran zaman sekarang. Tidak kira la peringkat umur . Kenapa susah sangat  menutup aurat seperti yang telah diwajibkan ke atas kamu ? takkan la aku nak tutup mata sepanjang masa. Tidak tahan hari- hari melakukan dosa dengan mata . bila keluar rumah bersiar ker, pergi rumah sedara ke  ader jer sepanjang perjalanan manusia yang tidak menutup aurat. Kalau yang tua dan berumur aku tidak kisah…haha tapi yang tidak menutup aurat adalah gadis belasan tahun, menarik, putih , seksi dan sedap mata memandang. Tidak memandang terasa rugi. Kekadang ader gak terfikir kalaulah dia jadi awek aku..haha aku pun orang muda. Ader nafsu ader perasaan sayang dan cinta.
Ingin jer aku nak berhentikan kereta dan menegur…boleh awak jadi awek saya ? eh sory haha boleh tak jika awak berpakaian sopan ? terasa gila nak cakap camtu. Jawapnya sampai ke malam pun aku tidak sampai ke destinasi kerana sepanjang jalan mesti jer ader yang kena tegur dengan aku… haha
  Bila membaca paper, ader jer article yang suka menaikkan nafsu. kisah atuk rogol cucu, duda rogol nenek , isteri curang dengan kekasih lama , siswa melarikan diri dari rumah , kisah – kisah artis yang berpakaian menjolok mata, kekadang dah tua bangka tapi masih mendedahkan susuk badan yang langsung tidak menyelerakan . tidak ader kisah yang boleh meningkatkan iman ker contoh seorang kanak- kanak dapat menguasai membaca quran dengan baik  …. Seorang artis telah kembali ke pangkal jalan setelah berpuluh- puluh tahun hidup dalam ke maksiatan …xde nyer diorang buat article macm tu, tak menarik minat pembaca kata diorang.. yang artis2 tidak berkelakuan senonoh yang biasa menghiasai muka depan paper.

   Jika tengok tv 1 jam, leh dikatakan 55 minit adalah tengok kepada aurat –aurat yang terdedah. Kekedang tengok citer drama yang bercirikan islam dan sopan ader gak yang watak-watak bercirikan mengumpat, berpegangan dengan yang bukan muhrim dan lain-lain yang bercanggah dengan islam .

Camni memang susah la nak meningkatkan iman . hari – hari iman semakin layu dan mundar serta kusam … maka tidak hairan lah gejala yang tidak bermodal makin teruk melanda umat islam terutama yang melibatkan remaja melayu islam kita

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...