Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Tuesday 29 November 2011

Jalani Sidek yang aku minati

 

Jalani Sidek @ Mohamed Jalani aku minat sejak kecil lagi. Manusia yang dianugerahkan kemahiran bermain badminton cukp terkenl di mata dunia ketika berganding bahu bersama abangnya razif....memg aku cukp kagum..terlalu banyk kejayaan ygn menaikkan nama Malaysia di mata dunia..

 Inilah antara kejayaan Jalani Sidek bersama abangnya :

Pencapaian (dengan Razif)

  • Juara Seluruh England 1982
  • Juara Terbuka Kanada 1983, 1984, 1991
  • Naib juara Terbuka Thailand 1984
  • Juara Terbuka Malaysia 1985, 1987
  • Juara Grand Prix Dunia 1986, 1988, 1989, 1991
  • Juara Terbuka Jepun 1986
  • Juara Terbuka Taiwan 1986, 1989, 1991
  • Naib juara Seluruh England 1986, 1988
  • Naib juara Terbuka Malaysia 1991
  • Juara Terbuka Indonesia 1988, 1990
  • Juara Terbuka China 1989
  • Juara Terbuka Hong Kong 1989
  • Naib juara Piala Thomas 1988, 1990 (berpasukan lelaki)
  • Juara Sukan Asia 1989, 1991 (berpasukan lelaki)
  • Juara Sukan Komanwel 1990
  • Juara Terbuka Jerman 1990
  • Juara Piala Dunia 1989, 1990, 1991
  • Juara Terbuka A.S 1991
  • Juara Kejohanan Badminton Asia 1990, 1991, 1992
  • Juara Piala Thomas 1992 (berpasukan lelaki)
  • Sukan Olimpik 1992 (pingat gangsa)

 Walaupun akhiran ini banyak tuduhan terhadap jalani termsuk lelaki dayus dan dikatakn sudah bercerai tapi aku harap jalani tabah hadapi nya dengan tenang dan bijaksana...


'kami masih suami isteri '

Raja Azmi dan Jalani Sidek memberi penjelasan kepada wartawan Utusan Malaysia tentang isu perceraian mereka di Ibu Pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, semalam.





KUALA LUMPUR 29 Nov. - Bekas pemain beregu badminton negara, Jalani Sidek, 48, yang juga suami kepada produser filem tanah air, Raja Azmi Raja Sulaiman hari ini tampil menafikan dakwaan kononnya mereka telah bercerai.
Khabar angin itu timbul apabila Jalani dilihat berjalan beriringan dengan seorang wanita di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam.
Jalani yang mengunjungi pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini bersama isterinya, Raja Azmi memberitahu, dakwaan yang dilemparkan terhadapnya bukan sahaja dikesali tetapi satu tindakan yang berniat jahat.
"Saya dan Raja Azmi masih pasangan suami isteri dan bulan hadapan merupakan ulang tahun perkahwinan kami yang ke-28. Selama ini, pelbagai tohmahan dilemparkan termasuk saya pernah dikatakan sebagai dayus tetapi saya berdiam sahaja.
"Kali ini, saya bersuara kerana tohmahan itu bukan sahaja melibatkan rumah tangga saya dengan Raja Azmi yang tiada sebarang masalah. Tetapi juga cuba mengaitkan dengan pihak ketiga yang sepatutnya tidak berlaku. Justeru, dengan penjelasan saya ini, saya berharap hentikanlah sahaja usaha untuk memburukkan nama baik saya, isteri dan wanita berkenaan," katanya.
Jalani berkata, bukan sikapnya untuk ambil peduli tentang apa orang lain kata terhadap isterinya kerana sebagai suami, dia lebih mengenali isterinya itu.
Bahkan, ujar beliau, segala tindak tanduk Raja Azmi adalah dalam pengetahuannya dan tiada rahsia antara mereka.
"Isteri saya tahu segala pergerakan saya. Ke mana saya pergi, dengan siapa dan atas urusan apa. Begitu juga sebaliknya dan saya memang izinkan langkah isteri saya.
"Cerita saya bercerai ini sengaja ditimbulkan oleh insan yang tidak berpuas hati terhadap saya. Jadi, semalam, apabila saya baru sampai dari Medan, Indonesia bersama rakan kongsi perniagaan saya, kami disambut oleh isteri saya.
"Cuma kebetulan, ketika Raja Azmi pergi membeli makanan ringan, orang hanya nampak saya dan rakan kongsi dan mulalah nak buat cerita yang bukan-bukan.
"Bagi saya, apa yang saya katakan di sini hanyalah kebenaran dan saya tidak mahu orang cuba sebarkan spekulasi liar seperti ini," katanya.
Kata Jalani, perkahwinan bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main-main, begitu juga dengan tohmahan perceraian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...