Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday 17 November 2011

Solat waktu malam banyak manafaatnya

 Waktu malam adalah masa yang paling sesuai untuk berehat dan tidur setelah tenaga digunakan di sebelah siangnya untuk mencari rezeki. Namun pada malam begini umat Islam dituntut untuk bangun pada 2/3 malam atau 1/3 akhir malam bagi melaksanakan qiamullail.

 
berdoalah kepada Allah


Hukum qiamullail ialah sunat muakkad. Ini bermakna ibadat ini amat dituntut kepada umat Islam walaupun tidak diwajibkan.



KELEBIHAN QIAMULLAI

  • ALLAH menggalakkan kita melakukan ibadat ini sebagaimana maksud ayat yang ke-79 surah al-Israk:
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagi mu; semoga TUHAN-mu membangkit dan menempatkan mu pada hari akhirat di tempat yang terpuji "
  •  Orang-orang yang sentiasa bertakwa dan mengerjakan qiamullail dengan beramal ibadat dan memohon keampunan daripada ALLAH itu adalah orang-orang yang muhsinin, iaitu orang-orang yang berbuat kebajikan yang berhak mendapat balasan baik, rahmat ALLAH serta syurga. Firman ALLAH dalam al-Quran:
  • “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di beberapa taman syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh TUHAN mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada ALLAH (memohon ampun)” .(Adz-Dzaariyaat 15-18)
  • "Orang-orang yang melalui malam hari dengan berdiri untuk TUHAN mereka itu maksudnya ialah orang-orang yang solat tahajud malam hari semata-mata kerana ALLAH TAALA.
"Kesimpulannya, ibadat qiamullail perlu dilihat sebagai penawar utama untuk membaiki diri dan memperbetulkan masyarakat. Ibadat ini amat penting bagi kita semua, dan ia menjadi lebih penting bagi pemimpin yang menanggung amanah yang begitu besar dalam sesebuah masyarakat, di samping ia menjadi benteng amat kukuh untuk mempertahankan seseorang dari ancaman kejahatan manusia dan syaitan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...