Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Sunday 20 November 2011

Elak penyakit semasa melancong



 Kekadang terfikir gak melancong ke luar negara sperti Thailand , Indonesia , Perancis , US, Jepun dan lain- lain tempat, namun aku bukannya berduit sangat . Lebih - lebih aku memiliki anak berderet-deret yang masih kecil . Bagi aku banyak lagi benda yang aku mahukan sebelum pergi melancong. Memiliki rumah kediaman yang selesa yang mana ketika ini aku masih menyewa . Terasa amat rugi jika menyewa secara berterusan. Pejam celik sudah 3 tahun aku menyewa. Boleh aku anggarkan kerugian sekarang adalah RM 400 x 36 bulan = RM 14,400 . Cemburu gak kekadang tengok adik aku yang sanggup berlapar dan bertungkus lumus cari duit semata- mata mahu ke Indonesia, namun apakan daya aku tidak mampu untuk ke sana lagi. Rumah kediaman, insurans satu family , hutang PTPTN yang berpuluh ribu, simpanan untuk menunaikan haji  itu yang lebih aku titikberatkan sebenarnya. Mudahan aku dikurniakan rezeki di masa akan datang . itu lah doa aku seharian .

   Inilah tips aku untuk sesiapa yang ingin ke luar negara samada melamcong @ menziarah sahabat dan sedara mara kat sana


  1.  Tempah tiket awal dan beli tiket ketika harga murah, tempat tinggal dan pastikan pasport anda telah dikemaskini.
  2. Harus diingat pergi ke luar sana memdedahkan diri kepada risiko kesihatan. penyakit bukan sahaja dihidapi malah mungkin menjadi pembawa bagi penyakit tersebut, seterusnya mendedahkan masyarakat sekeliling kepada risiko jangkitan.
  3. Di sini saya nak bagitau jenis- jenis penyakit yang anda harus waspada
  •  hepatitis, 
  • emam kepialu 
  • influenza






    sekadar gambar hiasan


    yang boleh disebarkan melalui 
    1. makanan serta minuman tercemar, 
    2. amalan seksual yang tidak selamat atau 
    3. melalui pemindahan titisan semasa batuk, bersin atau bercakap . 

     "Pelancong dari negara maju yang tidak dilindungi telah merekodkan kadar insiden bulanan jangkitan hepatitis A di antara 300 hingga 2,000 bagi 100,000 pelancong apabila melawat negara membangun.
    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut melaporkan hampir dua bilion orang di dunia telah dijangkiti virus hepatitis B dan hampir 350 juta hidup dengan jangkitan kronik akibat virus ini. Tambahan pula, 600,000 orang meninggal dunia setiap tahun akibat daripada hepatitis B akut atau kronik"

    Sebagai langkah berjaga - jaga anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor awal supaya   membolehkan masa mencukupi supaya jadual imunisasi boleh dilengkapi. Masa yang disyorkan untuk menemui doktor anda adalah sekurang-kurangnya empat hingga lapan minggu sebelum melancong.

    "Secara ringkas, perancangan, kaedah pencegahan dan langkah berjaga-jaga yang sesuai boleh melindungi kesihatan seseorang dan meminimumkan risiko mendapat penyakit berjangkit semasa melancong,"



    sekadar gambar hiasan

    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...