Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Sunday 20 November 2011

Aku sayang guru-guru

Hasil selidik NUTP beban tugas guru

Urusan data,fail, buku rekod dan laporan
  1. pemprosesan maklumat guru, pelajar dan sekolah
  2. Skim pinjaman buku teks ( SPBT ) , stok mata pelajaran dan bengkel
  3. penilaian kerja kursus mata pelajaran untuk peperiksaan
  4. penilaian lisan berasaskan sekolah ( PLBS )
  5. Buku Nilam Sekolah
  6. laporan Adab pelajar
  7. baitulmal dan biasiswa
  8. laporan guru bertugas
  9. urusan disiplin pelajar
  10. urusan pusat sumber
  11. program khas dari jemaah Nazir
  12. buku rekod kerja sekolah



Pentadbiran
  1. pegawai pinjaman di jabatan pendidikan negeri dan Pejabat Daerah
  2. Pengurusan pentadbiran
  3. Kutipan Yuran dan pelbagai
  4. Guru kelas



Kurikulum
  1. jenis peperiksaan
  2. Program sekolah, Jabatan pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran
  3. Kertas kerja kajian tindakan
  4. panitia
  5. Mata pelajran
  6. Pentaksiran Ujian Lisan Berasaskan Sekolah ( ULBS )
  7. Standard Kualiti pendidikan malaysia ( SKPM )

Kokurikulum
  1. Aspek keselamatan & perlindungan guru dan pelajar



Hal Ehwal Murid ( HEM )
  1. Urusan HEM Sekolah Menengah Berasrama

Pada Pendapat aku ler kan....bagi seseorang guru tabiat bekerja mereka berbeza berbanding dengan penjawat awam yang lain kerana perlu berhadapan dengan penyediaan mengajar, mengurus kelas, menghadiri mesyuarat, dan sesetengah mereka terlibat dalam kegiatan ko- kurikulum.

Tindakan bekerja selama 9 jam itu bukan hanya akan membebankan guru, malah kesan lebih besar adalah kualiti pengajaran yang akan diterima pelajar.

Selama ini guru memang banyak dibeban dengan kerja lain selain mengajar.

Apa yang saya bimbang, guru-guru ini akan hilang tumpuan kepada 'core business' mereka itu mengajar.

Jika perkara sedemikian berlaku, yang akan menjadi mangsanya adalah  para pelajar semua.
 Apa salahnya bincang dahulu dengan mereka sebelum laksanakan
Tindakan tersebut  juga 'boleh mematahkan semangat guru' disamping tidak praktikal

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...