Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Tuesday 29 November 2011

Tiada cadangan kawal harga rumah


KERAJAAN tidak bercadang mewujudkan sebarang akta khusus bagi mengawal kenaikan harga rumah.
Keputusan itu dibuat selaras keadaan ekonomi negara yang mengamalkan dasar ekonomi bebas.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, walaupun tiada akta khusus mengawal kenaikan harga rumah, namun kerajaan masih melaksanakan pelbagai mekanisma kawalan bagi memastikan ekonomi rakyat tidak terjejas.
“Antara mekanisma kawalan yang diperkenalkan termasuk menaikkan cukai keuntungan harta tanah (CKHT) dan mengenakan nisbah pembiayaan perumahan (margin of finance),” katanya di sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam. Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Abdul Manan Ismail (BN-Paya Besar) sama ada kerajaan bercadang mewujudkan satu akta bagi mengawal kenaikan harga rumah di kawasan bandar supaya tidak dieksploitasi, sekali gus membolehkan rakyat memiliki rumah idaman pada usia muda.

Menjelas lanjut, Lajim berkata, kerajaan juga mengambil inisiatif mewujudkan Dasar Perumahan Negara (DRN) bermatlamat meningkatkan kemampanan hidup rakyat.

“Pelbagai pelan tindakan juga diwujudkan menerusi DRN bagi memastikan perancangan bersepadu perumahan dapat dibuat untuk meningkatkan kadar pemilikan rumah seluruh rakyat, terutama golongan kurang berkemampuan.

“Malah, untuk memastikan golongan terbabit mampu memiliki rumah sendiri dengan harga berpatutan, kerajaan melancarkan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang berkonsepkan ‘public private partnership’ (PPP),” katanya.

Bagi soalan tambahan Abdul Manan, berhubung jumlah rumah dibina PR1MA, di mana dan kos keseluruhan diperuntukkan, Lajim berkata, projek berkenaan sudah bermula di Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...