Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Wednesday 16 November 2011

kes buang bayi yang melampau

 Kejadian kes pembuangan bayi dan kes kelahiran luar nikah semakin meningkat dari tahun ke tahun dan semakin meningkat dengan ketara akhiran ini.


 
 dimana nilai kemanusiaan lantaran nafsu yang sementara


 
 bayi yng dibuang di Damansara



 
 ibubapa yang berhati binatang




 
 bayi yang dibuang bagaikan sampah






Banyak kes yang saya perhatikan kes ini banyak melibatkan pelajar - pelajar sekolah dan pada mereka yang tidak bekerja dan baru sahaja menceburi bidang pekerjaan. Salah satu puncanya ialah keengganan ibu bapa untuk menjadi wali / tidak merestui hasrat anak - anak untuk berkahwin lantaran masih sekolah dan masih tidak memperoleh kewangan yang mencukupi @ pasangan tidak mempunyai pendapatan yang stabil @ pasangan tidak memenuhi citarasa ibubapa. Adakah wajar kelonggaran penggunaan wali hakim perlu di ambil kira oleh pihak yang terlibat ? entah lah sama- samalah kita memikirkan kewajaran penggunaan wali hakim.

 Majlis Agama Islam negeri juga  hendaklah memainkan peranan sama-sama mencegah perkara ini dengan menganjurkan majlis persandingan dengan kadar maksimum iaitu RM1,000 sebagai contoh kepada setiap pasangan .Perkara ini harus ditekankan kerana ia dapat menyelamatkan ramai belia daripada melakukan maksiat. Sekiranya bayaran berkahwin terlalu tinggi, kesukaran membuat majlis, membuatkan mereka memilih untuk melakukan hubungan seks luar nikah. Setakat ini apa yang saya tahu pada tahun 2010 Sabah mencatatkan rekod kelahiran anak luar nikah yang tertinggi diikuti negeri Selangor di tangga kedua iaitu seramai 18,983. Sungguh menyedihkan kerana di sebalik aktiviti penguatkuasaan Jabatan Agama Islam yang kerap dan pelbagai inisiatif lain, masalah ini terus merebak menjadi barah.Secara tidak langsung ini menunjukkan remaja Melayu dan Islam berada dalam kemelut masalah sosial meruncing.

Harus diingat kewujudan anak yang tidak sah taraf ini membawa masalah kepada ke dua- dua ibu bapa, masyarakt dan negara.



Sekadar gambar hiasan



Kerajaan negeri juga wajib memainkan peranan sebenarnya. Kerajaan negeri perlu memberhentikan pemberian lesen kepada pengusaha hotel bajet kerana ia menjadi lokasi remaja untuk melakukan aktiviti terlarang

2 comments:

  1. POpagomo yg kuat gomo sampai diorg terberanak .... banyak sangat maksiat & hiburan tajaan UMNO/BN dilakukan .... org yg gugur bayi dikehendaki saman kerajaan yg anjur maksiak

    ReplyDelete
  2. tidk boleh salahkan kerajaan gak bro....masing2 kena kuatkan iman...tq krna pandangan anda...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...