Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Saturday 19 November 2011

Apa yang saya faham tentang isu NFC


  1.  Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, mengesahkan bahawa pinjaman kepada syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) tidak dibincangkan Kabinet, sebaliknya dibincangkan di bawah Jawatankuasa Projek-projek Berimpak Tinggi. Beliau berkata, perkara itu dibentangkan kepada jawatankuasa berkenaan yang kemudiannya mengkaji serta memberi kelulusan pinjaman kepada NFC. 
  2.  Kerajaan menganugerahkan projek lembu fidlot NFC dan pemberian pinjaman RM250 juta kepada syarikat yang diterajui anggota keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, itu.
  3. Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini mendapati NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya selain wujud dakwaan pembelian kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur yang dikatakan menggunakan wang NFC.
  4. Mohamad Salleh, dalam penjelasannya, berkata projek berkenaan berjaya menepati sasaran awal dan menafikan dakwaan pembangkang kononnya ia berada dalam keadaan tidak terurus. Pada masa sama, beliau memberitahu keputusan NFC membeli kondominium di Bangsar menggunakan wang pinjaman projek ternakan lembu juga satu langkah bijak dalam mengukuhkan kewangan syarikat itu. 

Antara tuduhan liar pembangkang yang perlu dijawab kerajaan

  1. Pinjaman kepada NFC itu dibuat tanpa jadual bayaran balik
  2. Rm250 juta itu boleh membeli 125,000 ekor lembu dengan harga Rm2,000 seekor.
  3. Syarikat milik keluarga Shahrizat tiada sebarang pengalaman dalam bidang ternakan komersial


sekadar gambar hiasan






                                        Sekadar gambar hiasan




Sekadar gambar hiasan


sekadar gambar hiasan






Agak- Agaknya sampai bilakah isu ini akan berlanjutan ? Duit Rm250 juta bukannya sedikit malah perbagai projek kerajaan dapat dijalankan untuk membantu rakyat.  Harap - harap kerajaan dapat menyelesaikan isu ini sebelum PRU yang akan datang kerana isu ini telah dimainkan dalam kebanyakn ceramah mereka yang sedikit sebanyak dapat mempengaruhi pengundi - pengundi di atas pagar di luar sana . Jangan sampai ada lagi negeri- negeri lain jatuh ke tangan pembangkang......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...