Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Showing posts with label iman lagi. Show all posts
Showing posts with label iman lagi. Show all posts

Tuesday, 3 January 2012

Dua Nenek Di China Mati Demi Masjid


Kejadian berdarah meletus di Ningxia, China. Seramai lima warga tewas ketika ratusan umat Muslim berkelahi dengan polis yang mengamankan penggusuran masjid di Desa Taoshan, Ningxia.


Kejadian ini  terjadi, Jumaat (30/12/2011) lalu. Namun, peristiwa kelabu ini baru dilapor South China Morning Post, Selasa (3/1/2012).


Menurut saksi , warga Desa Taoshan yang majorii etnik Hui, marah saat masjid mereka hendak dirobohkan. Pemerintah setempat menyatakan  masjid itu dibangunkan di Taoshan secara haram


Saksi , Jin Haitao mengungkapkan, polis menyerang warga menggunakan gas pemedih mata, tongkat dan pisau. Lima warga dilaporkan tewas, termasuk di antaranya dua nenek tua. 


"Mereka hanya melakukan aktiviti keagamaan, tapi tidak memperboleh. Mereka menceroboh masjid dan polis menumpahkan banyak darah ke tanah," kata Jin Haitao.


Sejak tragedi ini meletus, seluruh akses informasi tentang desa terputus. Seorang warga desa tetangga mengaku jaringan telefon menuju Taoshan mati. Seorang pemilik kedai di Tongxin, sekitar tiga kilometer dari masjid yang diroboh, mengaku desa diisolir.


"Teruk sekali. Saya muslim dan muslim perlu masjid. Mereka hanyalah orang biasa, datang ke masjid untuk urusan agama, bukan untuk menggulingkan Parti Komunis," tegas pemilik kedai tersebut.


Terdapat lebih dari 10 juta etnik Hui di China, menjadikan mereka sebagai kelompok Muslim terbesar di negara Tirai Bambu. Di beberapa tempat, etnik Hui melebur dengan kebudayaan Han. Mereka memegang teguh tradisi Han, namun tetap menjaga nilai-nilai keislaman, seperti tidak memakan daging babi dan kewajiban khitan bagi lelaki.


Etnik Hui pernah terlibat bergaduh dengan etnik Han 2004 lalu, menewaskan tujuh orang. Pergaduhan antara polis dan etnis Hui juga sebelumnya terjadi pada 2003, tepatnya saat insiden kartun yang menghina Islam.


Etnik Muslim lainnya yang kerap terlibat kejadian yang sama adalah etnik Uighur di wilayah Xinjiang. Pertumpahan darah terparah antara etnis Uighur dan Han terjadi 2009, meragut 197 nyawa.


Sumber : http://pontianak.tribunnews.com

Wednesday, 16 November 2011

Iman lagi


Pening dengan persekitaran zaman sekarang. Tidak kira la peringkat umur . Kenapa susah sangat  menutup aurat seperti yang telah diwajibkan ke atas kamu ? takkan la aku nak tutup mata sepanjang masa. Tidak tahan hari- hari melakukan dosa dengan mata . bila keluar rumah bersiar ker, pergi rumah sedara ke  ader jer sepanjang perjalanan manusia yang tidak menutup aurat. Kalau yang tua dan berumur aku tidak kisah…haha tapi yang tidak menutup aurat adalah gadis belasan tahun, menarik, putih , seksi dan sedap mata memandang. Tidak memandang terasa rugi. Kekadang ader gak terfikir kalaulah dia jadi awek aku..haha aku pun orang muda. Ader nafsu ader perasaan sayang dan cinta.
Ingin jer aku nak berhentikan kereta dan menegur…boleh awak jadi awek saya ? eh sory haha boleh tak jika awak berpakaian sopan ? terasa gila nak cakap camtu. Jawapnya sampai ke malam pun aku tidak sampai ke destinasi kerana sepanjang jalan mesti jer ader yang kena tegur dengan aku… haha
  Bila membaca paper, ader jer article yang suka menaikkan nafsu. kisah atuk rogol cucu, duda rogol nenek , isteri curang dengan kekasih lama , siswa melarikan diri dari rumah , kisah – kisah artis yang berpakaian menjolok mata, kekadang dah tua bangka tapi masih mendedahkan susuk badan yang langsung tidak menyelerakan . tidak ader kisah yang boleh meningkatkan iman ker contoh seorang kanak- kanak dapat menguasai membaca quran dengan baik  …. Seorang artis telah kembali ke pangkal jalan setelah berpuluh- puluh tahun hidup dalam ke maksiatan …xde nyer diorang buat article macm tu, tak menarik minat pembaca kata diorang.. yang artis2 tidak berkelakuan senonoh yang biasa menghiasai muka depan paper.

   Jika tengok tv 1 jam, leh dikatakan 55 minit adalah tengok kepada aurat –aurat yang terdedah. Kekedang tengok citer drama yang bercirikan islam dan sopan ader gak yang watak-watak bercirikan mengumpat, berpegangan dengan yang bukan muhrim dan lain-lain yang bercanggah dengan islam .

Camni memang susah la nak meningkatkan iman . hari – hari iman semakin layu dan mundar serta kusam … maka tidak hairan lah gejala yang tidak bermodal makin teruk melanda umat islam terutama yang melibatkan remaja melayu islam kita
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...