Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 16 December 2011

Susun strategi simpanan, pelaburan pendidikan

SAYA mempunyai seorang anak berusia 3 tahun. Saya telah membuka satu akaun amanah (ASW) untuknya pada awal tahun 2011 dan juga satu akaun unit amanah di bawah bank tempatan.
Simpanan unit amanah ini saya ambil bagi jangka masa 15 tahun. Bermaksud, simpanan hanya boleh dikeluarkan setelah cukup 15 tahun menyimpan. Bagaimanapun, akaun unit amanah ini saya tidak membuat simpanan secara berkala. Setakat ini, ada satu transaksi sahaja. Adakah tindakan saya ini bijak? Atau saya perlu membuat simpanan secara berkala? Jika saya tidak mampu untuk menyimpan secara berkala setiap bulan, bolehkah jika saya membuat simpanan secara berkala setiap tahun? Atau lebih baik saya menumpukan perhatian kepada ASW 2020 sahaja?
DALAM masyarakat masa kini di mana perancangan kewangan memainkan peranan yang semakin penting, adalah tidak menghairankan untuk melihat amalan menabung yang baik dimulakan lebih awal dan menjadi keutamaan bagi ramai ibu bapa di Malaysia. Memang menjadi lumrah bahawa setiap ibu bapa mahu memberikan perlindungan yang terbaik dan pendidikan yang sempurna kepada anak mereka.
Sesetengah ibu bapa mungkin menganggap idea menabung sejak dari awal lagi sebagai angan-angan sahaja, tetapi memang banyak faedah yang boleh diraih jika anda sanggup berbuat demikian. Dalam keadaan ini, ibu bapa perlu menyusun strategi simpanan dan pelaburan yang teliti untuk memastikan mereka mempunyai sumber secukupnya untuk merancang keperluan perlindungan dan pendidikan anak mereka.
Setiap pelaburan mempunyai tahap risiko tertentu. Pasaran saham sering turun naik. Kenaikan kadar faedah boleh menyebabkan kejatuhan pasaran bon. Tidak kira apa pilihan pelaburan anda, risiko ialah sesuatu yang perlu anda tangani.
Salah satu daripada kunci kejayaan melabur ialah menguruskan risiko sambil mengekalkan potensi mendapatkan pulangan yang sewajarnya atas pelaburan anda. Salah satu daripada cara yang paling berkesan untuk menguruskan risiko anda ialah dengan mempelbagaikan pelaburan. Langkah mempelbagaikan pelaburan ialah strategi pelaburan yang bertujuan menguruskan risiko dengan menyebarkan wang anda ke dalam pelbagai pelaburan seperti saham, bon, hartanah, unit amanah dan instrumen kesetaraan tunai.
Falsafah utama di sebalik langkah mempelbagaikan pelaburan sebenarnya mudah sahaja: "Jangan laburkan semua wang anda dalam satu jenis pelaburan." Tindakan menyebarkan risiko dalam beberapa instrumen pelaburan berbeza, serta beberapa pasaran berbeza dapat mengimbangi kerugian dalam mana-mana satu pelaburan.
Sementara itu, mempelbagaikan pelaburan juga boleh memberikan pulangan yang lebih sekata dalam jangka panjang. Apabila nilai satu pelaburan meningkat, ia mungkin dapat mengimbangi penurunan pelaburan yang lain. Ini membolehkan portfolio anda mengharungi turun naik pasaran dengan prestasi lebih mantap dalam pelbagai keadaan ekonomi. Dengan mengurangkan kesan kenaikan dan penurunan pasaran tertentu, langkah mempelbagaikan pelaburan boleh memberikan anda ketenangan fikiran dalam membuat perancangan pelaburan.
Beli pada harga rendah dan jual apabila harga naik. Ini adalah antara peraturan pelaburan pertama yang kita pelajari, tetapi sebenarnya, berapa ramai di kalangan kita yang mengamalkan prinsip mudah ini? Faktor emosi seperti kebimbangan dan kerakusan sering menjejaskan keputusan pelaburan kita, menyebabkan kita terlepas peluang apabila pasaran terlalu rendah dan melabur secara berlebihan apabila pasaran naik mendadak.
Apakah strategi pelaburan baik yang boleh diguna pakai khususnya dalam keadaan pasaran semasa yang tidak stabil bagi mereka yang sanggup menanggung risiko sederhana dan melabur untuk jangka panjang? Mungkin pelan pelaburan berkala patut dipertimbangkan.
Pelan berkala membolehkan anda melaburkan sejumlah wang yang ditetapkan dalam pelaburan pilihan anda setiap bulan, tanpa mengira harga unit. Pelaburan secara berkala setiap bulan memberikan potensi pertumbuhan modal dan mungkin lebih berkesan daripada pelaburan sekali gus. Jika pelaburan dibuat secara berterusan, anda kurang terdedah kepada risiko. Ini kerana menerusi pelaburan berkala, lebih banyak unit dibeli apabila harga rendah dan kurang unit dibeli pada harga tinggi. Kaedah ini dikenali sebagai 'purata kos ringgit'.
Apabila anda mempunyai tempoh masa yang lebih panjang untuk merancang dan melabur, anda perlu menabung jumlah yang lebih kecil setiap kali, justeru ia tidak terlalu membebankan kewangan anda. Manfaat menabung wang dan kesan kompaun kadar faedah tidak harus diabaikan.
Jika anda merancang untuk memulakan dana pendidikan, anda dinasihatkan untuk tidak melabur dalam pelaburan berisiko tinggi. Produk pelaburan risiko rendah dengan pertumbuhan mantap lebih sesuai untuk menjamin keselamatan dana anda.
Ibu bapa boleh mempertimbangkan pelan premium berkala yang membolehkan mereka membuat sumbangan kecil setiap bulan atau pelan bertempoh tetap (endowment) yang menawarkan perlindungan serta simpanan, yang bermakna anda terlindung dari segi kewangan sambil anda mengembangkan nilai wang anda.
Di OCBC Al-Amin, kami menawarkan produk berkaitan pelaburan yang membolehkan dana anda berkembang sambil memberikan anda pelan perlindungan serba lengkap. Produk ini memberikan anda fleksibiliti menebus unit, yang bermakna anda boleh mengeluarkan jumlah yang diperlukan setiap tahun untuk pendidikan anak anda tanpa sebarang denda.
Anda juga boleh mempertimbangkan pelan seperti OCBC Al-Amin ARIP-i, iaitu pelan pelaburan tetap inovatif yang membantu anda menabung untuk pendidikan anak anda. Sebagai contoh, ARIP-i membolehkan anda memanfaatkan pertumbuhan pelaburan yang meliputi kelas aset tempatan, serantau atau global, sambil memberikan anda pulangan deposit. Ia merupakan pelan simpanan fleksibel yang membolehkan anda menambah atau mengeluarkan dana pada bila-bila masa dan menawarkan kadar pulangan deposit yang menarik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...