Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 16 December 2011

Ekonomi dunia kekal muram


WASHINGTON- Tinjauan ekonomi dunia pada masa depan kekal muram dan semua negara perlu mengambil langkah yang sesuai untuk menghadapi keadaan tersebut.
Segalanya bermula di Eropah ekoran krisis hutang yang semakin serius dan bakal menjadi penyebab kepada kelembapan ekonomi global, kata Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa, Christine Lagarde.
''Tinjauan ekonomi dunia pada waktu ini tidak memberangsangkan. Ia muram.
''Tiada ekonomi dunia sama ada negara berpendapatan rendah, pasaran baru muncul atau negara maju yang tidak terlibat dengan krisis yang tidak berkesudahan itu dan kelihatan menjadi semakin buruk.
''Ia bukan merupakan krisis yang boleh diselesaikan oleh satu kumpulan tertentu tetapi oleh semua negara dan rantau,'' katanya.
Lagarde berkata, beberapa ekonomi di Asia dan Amerika Latin yang telah menerima bantuan IMF pada krisis 1980-an dan 1990-an telah menunjukkan kedudukan yang baik.
''Semua cabaran yang mereka tempuhi pada satu masa dahulu telah berubah menjadi baik kepada mereka,'' jelasnya.
Katanya, ketua-ketua ekonomi sekarang memerlukan pendekatan menyeluruh dalam berdepan dengan kelemahan sistematik.
''Ia memerlukan usaha, perubahan dan ia perlu bermula daripada krisis utama pada masa ini, iaitu jelasnya adalah negara-negara Eropah terutama dalam zon Eropah,'' katanya. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...