Umum mengetahui kisah pergolakan rumahtangga pengacara popular, Jimmy Shanley dan isteri, Nursuhaila Eliani Suhaimy atau lebih dikenali sebagai Suhaila. Kini kisah mereka kembali diperkatakan apabila kes tuntutan nusyuz Jimmy sedang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. 
 
Ketika disoal oleh peguamnya, Jimmy mendedahkan Suhaila masih ketagih judi dan merokok walaupun berjanji untuk meninggalkan tabiat itu selepas berkahwin. Malah Suhaila juga didakwa pernah melakukan pertaruhan di Internet ketika berada di rumah keluarganya di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh.
 
Selain itu, hal ini diburukkan dengan sikap Suhaila yang suka melayan Facebook dan pesanan ringkas Blackberry (BBM) tanpa menghiraukan Jimmy dengan menganggap melayan kawan-kawan lebih penting daripada melayan suami. 
 
MH mengharapkan walau apapun keputusan yang diumumkan mahkamah kelak, kebajikan anak pasangan ini, Zahrah akan terbela dan mendapat kasih sayang secukupnya daripada mereka berdua.