Khabar terbaru yang MH terima, pelakon popular Nur Fazura akan berangkat ke kota Mekah pada minggu hadapan bagi menunaikan ibadah umrah.

Sedikit perkembangan terbaru mengenai aktres ini, Fazura bakal muncul menerusi filem Bujang Terlajak lakonan bersama Johan, Apek dan Nabil. Filem tersebut bakal ditayangkan pada 19 Januari 2012.