Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday 15 December 2011

Separuh peruntukan tidak dimanfaat: LPP


KUALA LUMPUR - Separuh daripada 159 kawasan Parlimen di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), gagal mengadakan mesyu­a­rat empat kali setahun seperti dite­tapkan, menyebabkan peruntukan dalam program pelaksanaan Majlis Pembangunan Pertanian (MPPP) Kawasan Parlimen 2011 tidak dapat disalurkan.

Pengerusinya, Datuk Zainal Dahalan yang tidak berpuas hati dengan pencapaian itu berkata, hanya 80 kawasan Parlimen memanfaatkan peruntukan diberi kerajaan bagi membangunkan kawasan pertanian luar bandar.

“Bagaimanakah kita mahu salurkan peruntukan jika di peringkat Parlimen tidak menyelesaikan mesyuarat, ia penting kerana melalui keputusan mesyuarat itu, laporan akan kita lihat dan nilai sebelum peruntukan disalurkan.

“Kita mohon jawatankuasa pelaksana setiap Parlimen supaya menyegerakan mesyuaragt bagi membantu urusan agihan supaya dapat diselesaikan segera. Ia untuk dimanfaat dan diguna dalam aktiviti membangunkan kawasan pertanian masing-masing,” katanya selepas Mesyuarat Majlis Penasihat Peladang Ke-59, di sini.

Untuk rekod, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani me­nyediakan peruntukan RM100,00 setiap kawasan Parlimen dengan dipantau LPP dan agensi lain di bawah kementerian, bagi membantu menyediakan prasarana kecil seperti alatan, teknologi dan kemudahan pertanian, benih serta pembungkusan hasil.

Zainal berkata, daripada 222 kawasan Parlimen, 147 diurus selia Pe­ngu­rus Besar LPP kawasan (LPPK), manakala tujuh oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dan lima lagi Lembaga Kemajuan Pertanian kemubu (Kada) iaitu agensi di bawah LPP.

“Selebihnya 32 di bawah Tekun Nasional dan 31 lagi kawasan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama),” katanya.

Beliau berkata, industri padi turut dibangkitkan dalam mesyuarat dan berdasarkan laporan terdapat 100,000 hektar tanah atau kawasan padi negara masih dikategorikan sebagai kawasan luar jelapang.

“Kawasan itu luas, tetapi kita tidak mampu menyediakan kemudahan prasarana untuk menaik taraf kawasan luar jelapang, termasuk menyediakan perparitan dan saliran air serta tekonologi kerana kos diperlukan tinggi.

“LPP harap kementerian dapat memberi bantuan kewangan dan wartakan kawasan itu sebagai kawasan jelapang padi untuk diusahakan petani supaya hasil keluaran negara dan pendapatan mereka dapat dipertingkatkan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...