Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday 15 December 2011

Satu Daripada Lima Wanita Amerika Syarikat Terjejas Oleh Keganasan Seksual


WASHINGTON: Hampir satu daripada lima wanita di Amerika Syarikat (AS) pernah menjadi mangsa rogol atau mangsa cubaan rogol dalam satu peringkat kehidupan mereka, lapor Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit AS pada Rabu.
Agensi persekutuan tersebut semasa mengeluarkan keputusan bancian yang dibuat terhadap hampir 10,000 wanita mendapati, 18.3 peratus daripada wanita tersebut ‘telah dirogol pada satu peringkat usia’.
Laporan setebal 113 halaman itu turut dimuat turunkan di laman web agensi berkenaan (www.cdc.gov).
Separuh daripada mangsa rogol (51.1 peratus) memberitahu mereka menjadi sasaran individu yang rapat dengan mereka - iaitu sama ada bekas kekasih atau suami - manakala 40.8 peratus pula melibatkan kenalan.
Bancian tersebut juga mendedahkan bahawa 24.3 peratus wanita - iaitu satu daripada tujuh lelaki - mengalami ‘keganasan fizikal yang teruk’ seperti dipukul, dihentak ke permukaan keras atau digigit oleh individu yang rapat.
“Laporan itu mendedahkan gambaran yang jelas bahawa keganasan ini menyelubungi kehidupan berjuta-juta wanita AS,” kata Setiausaha Kesihatan, Kathleen Sebelius.
Dalam kenyataan itu, Kathleen juga menambah, penemuan bancian tersebut akan membantu pentadbiran pimpinan Presiden Barack Obama untuk merangka polisi bagi mengatasi keganasan dan juga penderaan seksual.
Laporan yang sama juga menyentuh kejadian rogol terhadap lelaki dan didapati seorang daripada 71 individu - hampir lima peratus daripada jumlah keseluruhan lelaki AS - pernah dirogol.
Perkara itu diperoleh berdasarkan maklum balas yang diterima daripada 7,400 lelaki yang turut serta dalam bancian tersebut dan separuh dari jumlah itu (27.8 peratus) dirogol sebelum berusia 10 tahun. - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...