Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday 15 December 2011

Chong Wei ke separuh akhir



Lee Chong Wei
PEMAIN nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei meneruskan rentak cemerlang dalam kempen Siri Super Masters Akhir selepas menumpaskan pemain Indonesia, Simon Santoso di Liuzhiu, China semalam.
 
Chong Wei menepati statusnya sebagai juara dalam tiga edisi terdahulu apabila memenangi perlawa­­­­­nan kedua Kumpulan A, 21-10, 21-15 dalam tempoh 34 minit.
 
Kemenangan itu mengesahkan tempatnya ke pusingan separuh akhir bagaimanapun Chong Wei perlu menumpaskan Peter Hoeg Gade (Denmark) hari ini, jika mahu muncul juara kumpulan.
 
Hanya kedudukan teratas kumpulan mencerahkan peluang Chong Wei untuk mengelak daripada bertemu seteru utama, Lin Dan di separuh akhir.
 
Kelmarin, jaguh China itu mengalahkan pencabar terkuatnya dalam Kumpulan B, iaitu rakan senegara, Chen Long, 21-15, 19-21, 21-17.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...