Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday 15 December 2011

Lukisan Elizabeth Taylor Dilelong RM2,116,745


Pekerja Christie menyelia lelongan yang dibuat menerusi panggilan telefon pada majlis lelongan koleksi Elizabeth Taylor. 
 
NEW YORK: Lukisan pelakon lagenda Amerika Syarikat, Elizabeth Taylor yang dilukis oleh pelukis terkenal Andy Warhol dijual pada harga $662,000 (RM2,116,745) pada majlis lelongan yang diadakan di sini.
Lukisan tersebut merupakan sebahagian daripada lelongan barangan kemas dan koleksi lain pelakon filem Cleopatra dan National Velvet tersebut yang dianjurkan oleh Christie.
Selain itu, gaun perkahwinan yang dipakai oleh Elizabeth semasa mengahwini pelakon, Richard Burton untuk kali kedua dijual pada harga $62,000 (RM 198,245).
Semua koleksi barangan kemas yang dilelong berharga $137 juta (RM 438 juta) dan perhatian utama sudah tentu rantai mutiara yang berjaya dilelong pada harga $11.8 juta (RM37.73 juta) dan cincin berlian yang dihadiahkan oleh Burton dijual pada harga $8.8 juta (RM28 juta).
Lelongan tersebut akan diadakan sehingga akhir minggu ini dan lelongan yang dibuat secara online akan berakhir pada Sabtu ini.
Elizabeth meninggal dunia pada Mac di Los Angeles pada usia 79 tahun. - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...