Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Saturday 10 December 2011

Popular selepas kembali solo





SUKA atau tidak ramai yang beranggapan Syahrini seharusnya berterima kasih kepada Anang Hermansyah yang banyak memperkenalkan dirinya.
Melalui lagu duet Jangan Memilih Aku yang mereka rakamkan, nama Syahrini tiba-tiba meledak naik sehingga hari ini.
Mungkin takdir yang mempertemukan mereka. Tapi akhirnya takdir itu juga yang memusnahkan segala impian dan harapan yang dibina. Biarpun segalanya tidak diluahkan secara terang-terangan, ramai yang tahu cerita yang berlaku di sebalik itu.
Apabila masing-masing membawa haluan sendiri, Anang memilih Ashanty sebagai pasangan kekasih. Desas desus mengatakan pasangan itu akan memeterai hubungan yang sah kuat bertebaran sejak kebelakangan ini.
Tidak pernah terkesan dengan apa yang berlaku, Syahrini tidak kisah untuk berjalan sendirian. Mula bergerak secara solo dalam kerjaya nyanyiannya, Syahrini kini punya kuasa besar untuk menakluk seluruh khalayak peminat setianya.
Ke mana-mana dia pergi pasti akan dikerumuni peminat. Lantas memperlihatkan yang Syahrini lebih berjaya sebagai penyanyi solo berbanding berduet bersama mantan suami Krisdayanti itu.
Sesuatu yang amat memeranjatkan apabila Syahrini tampil dengan lagu Kau Memilih Aku. Lagu tersebut seakan-akan ‘membalas’ kembali lagu Jangan Memilih Aku yang pernah mencuri perhatian semasa mereka bersama.
Enggan menyatakan lagu itu adalah balasan kepada apa yang telah berlaku, ujar graduan undang-undang Universitas Pakuan Bogor semua itu tidak ada kena mengena sebenarnya.
“Saya bantah keras kalau ada yang kata lagu itu sebagai balasan atau tuju pada sesiapa. Kalau kalian mahu tahu lagu ini adalah lagu pop biasa yang memperlihatkan kekaguman pada seseorang.
“Lagipun muzik seperti ini lagi tengah disukai ramai di sini. Segala apa yang dirasa boleh diluah ke dalam lagu. Tapi lagu Kau Memilih Aku bukan balasan kepada lagu Jangan Memilih Aku,” kata Syahrini yang ditemui di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.
Sebelum memutuskan untuk berduet bersama Anang, Syahrini sebenarnya sudah mempunyai dua album solo. Namun bukan rezeki penyanyi itu untuk popular apabila kedua-dua album itu gagal menangkap khalayak ketika itu.
Namun kini zaman kemalapan itu semakin berakhir apabila nama Syahrini meledak naik setelah dikatakan putus cinta bersama duda anak dua tersebut.
“Sebenarnya banyak jemputan yang saya terima mahukan saya berduet. Itu bukan masalah yang besar memandangkan banyak lagi pasangan duet lain yang boleh memanggung bersama saya.
“Tapi banyak juga persembahan secara solo yang saya buat. Peminat ternyata langsung tidak kisah kalau saya beraksi solo di atas pentas malah lagu solo saya juga diterima ramai.
“Kalau lihat pada jumlah muat turut, lagu Kau Memilih Aku itu sebenarnya antara lagi tertinggi yang dimuat turun.
“Cuma saya lagi kurang selesa kalau asyik bercerita perkara yang lepas. Bercerita perihal masa lalu yang membuatkan saya kurang enak. Kalau boleh baik kita bercerita mengenai hal lain,” luah Syahrini jujur.
Luar biasa
Kalau ada yang mengikuti perkembangan dunia seni penyanyi berkenaan, pasti ada yang perasan Syahrini baru-baru ini menjadi duta kecil Indonesia ketika kunjungan David Becham ke negara berkenaan.
Kehadiran pemain bola sepak kegilaan ramai itu disambut oleh Syahrini, malah dia yang mengiringi David Becham ketika pasukan LA Galaxy berada di sana.
Namun cerita panas muka terdengar apabila Syahrini yang dikatakan menerima tandatangan pemain berkenaan pada baju Syahrini. Yang mengejutkan semua pihak, tandatangan tersebut betul-betul berada di bahagian atas dada sebelah kanan penyanyi itu.
Ramai pihak yang menyatakan rasa kurang senang dan tak kurang juga beberapa artis di sana yang kecewa jika benar tandatangan tersebut diturunkan ketika mereka berjumpa.
Sebelum ini pula penyanyi usia 29 tahun itu pernah menggegarkan industri hiburan di sana dengan penyebaran gambar separuh bogel, selain adegan bercium dengan lelaki.
“Sebetulnya saya banyak sekali diduga saat ini. Selepas bapa saya meninggal pada bulan Februari yang lalu, banyak sekali cubaan yang harus saya hadapi.
“Orang berkata itu dan ini tetapi saya tetap macam ni. Paling tidak saya tahu yang ujian-ujian yang mendatang itu membuatkan saya rasa sangat luar biasa.
“Rasa yang orang lain tak mampu harungi tetapi saya boleh. Masih boleh menyanyi di pentas walau orang berkata macam-macam. Akhir sekali orang akan tahu apa yang benar dan tidak.
“Saat yang paling indah apabila dapat bangkit setelah jatuh. Itu memang sudah saya lalui dan saya sudah rasa kemanisannya,” jelas Syahrini mengenai masalah yang sering membelenggu kehidupannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...