Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Saturday 10 December 2011

“Anda salah orang” – Bocil





MUHAMMAD Abdi Zein Bancin atau Bocil hanya tersenyum sahaja persoalan tentang status perkahwinan dirinya dibangkitkan. Apabila heboh tentang desas-desus mengatakan dirinya sudah berkahwin dengan seorang wanita seksi di Indonesia.
Perkahwinan yang berlangsung pada pertengahan Julai lalu juga melibatkan perkhabaran berita gembira apabila isteri Bocil kini sedang sarat mengandung.
Peserta dari Kumpulan Saehu menerusi rancangan Maharaja Lawak Mega yang bersiaran di Astro Warna 132 yang ditemui bagaimanapun menafikan berkaitan dakwaan berkenaan.
Sebaliknya, lelaki bertubuh kecil itu sebenarnya masih bujang dan belum punya komitmen dengan mana-mana wanita.
“Saya belum berkahwin,” ringkas Bocil menolak dakwaan tidak benar tersebut.
Mengulas tentang kebenaran dakwaan tersebut, anak kelahiran Aceh Singkil yang terletak di Sumatera Barat ini mengatakan bahawa dia tidak ambil perhatian dengan perkara tersebut.
“Apa lagi yang boleh saya buat kecuali ketawa kalau menanyakan perkara ini dan berkata ‘anda salah orang’. Jelas sekali bukan saya yang berkahwin tetapi orang lain.
“Mungkin apa yang orang maksudkan adalah Daus Mini atau Achman Firdaus, seorang pelawak yang mirip sama saya,” sambungnya.
Mengorek isi hati pelawak yang lebih popular sebagai penyiar radio di tanah kelahirannya, ternyata dia kelihatan agak sukar untuk membuka mulut.
Apatah lagi persoalan tersebut membabitkan bab perkahwinan dan siapa wanita yang sedang bertakhta di dalam hatinya.
“Saya belum terfikir tentang perkara ini. Bila dan siapa wanita itu masih belum dalam fikiran saya. Saya juga tak boleh nak jangkakan dua perkara itu kerana saya memang tak tahu,” kata lelaki berusia 28 tahun ini.
Mengusik tentang ciri-ciri wanita idaman Bocil menyebabkan raut wajahnya tersenyum mendengar pertanyaan sedemikian.
“Saya seorang yang setia tapi tak tahu sampai bila saya setia. Nak cakap saya playboy tidak juga, cuma saya suka berkenalan dengan wanita cantik.
“Maklumlah saya kan orang bujang. Orang menikah saja ada yang berperangai seperti orang bujang masakan bujang seperti saya tak boleh berkenalan,” seloroh Bocil.
Pada masa yang sama, pelakon drama Dongeng, Legenda dan Komedi Nakal ini juga bersyukur dengan ‘keistimewaan’ yang dimilikinya itu.
“Saya tak merasa apa-apa (bertubuh kecil) sebab memang manusia ada kekurangan masing-masing. Mungkin dari segi fizikal, saya kelihatan sekali tapi dari segi mental belum tentu.
“Jadi, kalau Tuhan bagi kelebihan kita pergunakan, kalau Tuhan bagi kekurangan, jangan sesekali jauh hati,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...