Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 9 December 2011

Model Australia ajar Bahasa Inggeris secara intensif dikaji


PERTH – Kementerian Pelajaran akan mengkaji model Kursus Intensif Bahasa Inggeris yang dilaksanakan di Australia sebagai contoh bagi memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran bahasa itu di Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, model Australia itu contoh yang baik untuk dipelajari dan melihat sama ada ia selaras dengan matlamat pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Menteri Pelajaran itu berkata, berdasarkan pengalaman Australia, kementerian akan melihat kemungkinan menimbang keperluan untuk menambah sukatan mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat prasekolah sebagai langkah permulaan.
"Kalau boleh kita mahu ada satu tempoh masa di mana pembelajaran Bahasa Inggeris dibuat secara intensif.
“Jadi kita akan kaji, mungkinkah, kita boleh mulakan di peringkat prasekolah kerana dikatakan waktu usia masih kecil mereka lebih mudah menangkap dan boleh mudah mahir.
"Itu permulaannya dan selepas itu bila sudah masuk sekolah formal, kita akan kaji kemungkinan sama ada ketika darjah tiga atau darjah empat, diadakan sekali lagi program yang intensif ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat tertutup dengan Jabatan Pendidikan Western Australia di sini, hari ini. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...