Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 9 December 2011

616 rakyat Malaysia ditahan di luar negara


KUALA LUMPUR  - Seramai 616 rakyat Malaysia ditahan di luar negara sejak 2007 hingga November lalu atas kesalahan dadah.
Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay berkata, jumlah itu meliputi 449 kaum Cina diikuti 104 orang Melayu, 50 orang India dan 13 orang lain-lain kaum.
Jelasnya, mereka yang terlibat ditahan di 13 buah negara iaitu di Thailand seramai 192 orang, Singapura (155 orang), China (92 orang), Indonesia (43 orang), Taiwan (32 orang), Australia (23 orang), Sepanyol (20 orang), Brazil (17 orang), Jepun (10 orang) dan masing-masing lapan orang di Brunei, Kemboja, Peru serta Venezuela.
''Berhubung Konvensyen Vienna 1963, negara yang menerima kemasukan orang luar perlu memaklumkan mengenai penahanan seseorang kepada negara asal. Dalam konvensyen itu ada hak mereka yang ditahan meminta negara berkenaan supaya tidak memberitahu ahli keluarga mereka.
''Jadi, ini menyukarkan kita sehingga ia mengambil masa (untuk bertindak). Namun, kementerian melalui wakil di luar negara akan terus pantau keadaan ini termasuk melawat mereka yang ditahan supaya memastikan kebajikan mereka terus dipelihara," katanya di Dewan Negara di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Dr. M. Malasingam yang meminta kementerian menyatakan jumlah warga tempatan yang ditahan di luar negara bagi kesalahan dadah atau 'keldai dadah' bagi tempoh lima tahun ini.
Kohilan berkata, bagi menangani masalah rakyat Malaysia ditahan atas kesalahan dadah di luar negara, Wisma Putra mengambil langkah untuk menyedarkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan aktiviti terlarang itu di luar negara.
''Kerjasama dengan beberapa kementerian termasuk institusi pengajian tinggi juga diadakan dengan penganjuran program kesedaran," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...