Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 9 December 2011

Raptai istiadat lafaz sumpah Yang Di-pertuan Agong

KUALA LUMPUR – Raptai bagi istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong serta Timbalan Yang di-Pertuan Agong, yang berlangsung di Istana Negara, Jalan Duta hari ini berjalan lancar.
Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela, Azwan Effendy Zairakithnaini berkata, persiapan bagi istiadat yang akan berlangsung pada Selasa ini, dirancang sejak tiga bulan lepas.
Beliau berkata, lebih 700 tetamu kehormat akan hadir pada istiadat itu, antaranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Besar dan kerabat-kerabat diraja.
"Kad jemputan telah diedarkan sejak dua bulan yang lepas dan raptai terakhir akan diadakan pada Ahad ini,” katanya di sini hari ini.
Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu”adzam Shah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14, manakala Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Ini adalah kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas kali pertama pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun, berakhir 20 Sept 1975. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...