Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 9 December 2011

Malaysia di tangga ke-16


KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengadakan pelbagai program bagi mengatasi masalah wanita tertekan yang menyaksikan Malaysia berada di kedudukan ke-16 dalam satu kaji selidik mengenai tahap tekanan perasaan yang dihadapi golongan itu.
Timbalan Menterinya, Heng Seai Kei berkata, antaranya mengadakan program Keluarga@Kerja untuk mengimbangi tanggungjawab wanita terhadap kerja dan keluarga.
Jelasnya, melalui program berkenaan, aspek yang ditekankan adalah gaya keibubapaan kreatif dan pengurusan konflik khususnya masalah dalaman yang diharap dapat meningkatkan kemahiran wanita dalam mengelak situasi berisiko seperti menguruskan tekanan dalam kehidupan.
“Bagi membantu keluarga berkerjaya dapat menikmati pengasuhan dan penjagaan anak yang berkualiti, kerajaan menggalakkan majikan menubuhkan pusat jagaan anak dengan menyediakan geran pelancaran manakala subsidi yuran pengasuhan turut diberikan kepada keluarga yang berpendapatan rendah.
“Kita juga memperluaskan perkhidmatan sokongan kepada keluarga selain mewujudkan pusat jagaan harian untuk keluarga, penyediaan saringan kesihatan dan perkhidmatan kesejahteraan.
“Satu inisiatif baru adalah mewujudkan Anjung Interaktif, Rekreasi, Intervensi dan Sokongan Keluarga (AIRIS) di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Pusat itu turut menyediakan perkhidmatan terapi keluarga terutama keluarga berisiko tinggi,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan asal Senator Ng Fook Heng yang ingin tahu kebenaran kedudukan kadar wanita tertekan yang menyaksikan Malaysia berada di kedudukan ke-16 menerusi kajian Women of Tomorrow - A Study of Women Around the World baru-baru ini.
Kajian melibatkan 21 negara itu menyaksikan India berada di kedudukan teratas dengan 87 peratus diikuti Mexico (74 peratus); Brazil (67 peratus); Sepanyol (66 peratus); Perancis (65 peratus); Afrika Selatan dan Itali (64 peratus); Nigeria (58 peratus) dan Turki (56 peratus).
Ia diikuti Jepun (52 peratus); China (51 peratus); Thailand dan Korea Selatan (45 peratus) serta Malaysia (44 peratus).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...