Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday 15 December 2011

Mutiara Elizabeth Taylor Dilelong RM37 Juta


Seorang wanita mengagumi keindahan La Peregrina semasa ia dipamerkan sebelum majlis lelongan berlangsung. Foto AP
NEW YORK: Sebutir mutiara yang pernah menjadi perhiasan diraja sebelum menjadi milik pelakon sensasi Hollywood, Elizabeth Taylor dijual pada harga $11.84 juta (RM37.73 juta) dalam satu majlis lelong yang diadakan di sini pada Selasa.
Mutiara tersebut yang dikenali sebagai ‘La Peregrina’ itu merupakan pemberian suami Taylor, Richard Burton pada tahun 1969.
Mutiara yang digantung pada rantai leher Cartier dianggarkan dibeli pada harga antara $2 hingga $3 juta (kira-kira RM2juta atau RM9 juta).
Bagaimanapun, harga tersebut naik secara mendadak atas faktor ia dimiliki oleh Taylor dan harga lelongan itu merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan dalam majlis lelongan barang perhiasan.
Sebahagian daripada hasil lelongan tersebut akan diberikan kepada Yayasan AIDS Taylor yang diasaskan oleh pelakon tersebut pada tahun 1991 bagi membantu mereka yang menghidap penyakit tersebut.
Taylor yang menghembuskan nafas terakhir pada Mac lalu diusia 79 tahun mempunyai tujuh suami sepanjang zaman kegemilangannya, selain peminar rahsia dan dikatakan mempunyai minat yang mendalam terhadap barang kemas. - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...