Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Monday 19 December 2011

Keputusan kes khalwat Salim, Diayana ditangguh

GEORGETOWN: Mahkamah Rendah Syariah Pulau Pinang semalam menangguhkan keputusan kes khalwat Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dengan bekas pembantu peribadinya di sebuah hotel di Batu Feringgi di sini, April lalu pada 9 Januari ini.
Hakim Syarie, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya menetapkan tarikh itu selepas Pendakwa Syarie, Khairil Hafiz Nazari memaklumkan tertuduh tidak dapat hadir ke mahkamah kerana ada urusan keluarga.

Pasangannya, Nur Diayana Norslan, 30, kelihatan di mahkamah dengan memakai jubah dan bertudung warna hitam ditemani dua ahli keluarganya yang turut memakai pakaian serupa sejak jam 8.30 pagi.
Khairil Hafiz memaklumkan perkara terbabit selepas menerima surat Salim yang menyatakan ketidakhadirannya mendengar keputusan kes khalwatnya itu.

Dalam prosiding, Nik Bukhari Hashimy berkata, mahkamah bersedia menjatuhkan hukuman, tetapi berpendapat kedua-dua tertuduh sepatutnya hadir bersama apabila keputusan dibuat.

“Mahkamah menunggu kehadiran kedua-dua tertuduh dan menetapkan 9 Januari ini untuk menjatuhkan hukuman,” katanya.

Pada 21 November lalu, Salim, 51, dan Nur Diayana yang tidak diwakili peguam syarie mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan sebaik saja pertuduhan dibacakan semula kepada mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...