Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Monday 19 December 2011

Dr Khir tak terbabit



SHAH ALAM: Pihak pembelaan dalam kes dakwaan salah laku bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, berkata, ahli politik itu tidak pernah campur tangan dalam mana-mana projek yang dijalankan ahli perniagaan, Shamsuddin Hayroni.
Peguam, Kamarul Hisham Kamaruddin pada hujahan di akhir kes pembelaan berkata, tiada sebarang bukti yang menunjukkan Dr Mohamad Khir melakukan perbuatan sedemikian. Katanya, Shamsuddin juga tidak menerima tekanan menjual dua lot tanah dan rumah kepada Dr Mohamad Khir pada harga RM3.5 juta pada 2007.

“Jika benar Shamsuddin mengharapkan balasan dalam bentuk layanan istimewa daripada tertuduh, ia tidak boleh dianggap sebagai tekanan kerana tindakan itu lebih didorong perasaan tamak,” katanya.
Menurutnya, jika benar apa yang dinyatakan Shamsuddin, permintaan itu bukan satu arahan tetapi tidak lebih kepada perbualan santai antara rakan. Pada keterangan lain, tindakan Shamsuddin memberi dua keterangan berbeza kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dan selepas perbicaraan adalah sesuatu yang meragukan. Beliau berkata, ini berikutan Shamsuddin berbuat demikian selepas dilepas dan bebaskan daripada pertuduhan bersubahat dengan Dr Mohamad Khir dan tampil sebagai saksi pendakwaan. Katanya, kenyataan Shamsuddin bahawa tidak mempunyai pilihan selain menjual hartanah itu kepada Dr Mohamad Khir bagi menjaga kepentingan perniagaannya hanya timbul apabila saksi itu tampil memberi keterangan di mahkamah. Sementara itu, Hakim Datuk Mohtarudin Baki akan membuat keputusan sama ada Dr Mohamad Khir bersalah atau dibebaskan daripada pertuduhan itu pada Jumaat ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...