Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Saturday 17 December 2011

Gaji Van Persie Rm 985,000 seminggu

Tawaran gaji lumayan menanti van Persie



Kontrak van Persie yang bernilai 80,000 pound (RM394,000) gaji seminggu hanya berbaki 18 bulan. - AFP



LONDON Manchester City berhasrat memancing penyerang berbisa Arsenal, Robin van Persie ke Etihad pada musim panas depan dengan tawaran gaji sensasi berjumlah 41.6 juta pound (RM205 juta) untuk tempoh empat tahun.
Kelab kaya raya itu yakin mereka mampu memujuk Arsenal untuk menjualkan van Persie pada harga 30 juta pound (RM148 juta).
City yakin penyerang Belanda itu tidak akan melanjutkan kontrak di Emirates, sebaliknya mengikut jejak langkah tiga rakan sepasukannya iaitu Samir Nasri, Kolo Toure dan Gael Clichy.
Kontrak van Persie yang bernilai 80,000 pound (RM394,000) gaji seminggu hanya berbaki 18 bulan, namun City sedia menaikkan angka tersebut dua kali ganda kepada 200,000 pound (RM985,000) untuk selama empat tahun.
Van Persie, 28, yang bertandang ke City bersama Gunners hari ini, sedar masa tidak lagi memihaknya memandangkan usianya hampir menjangkaui 30, jadi ia mungkin peluang terakhir baginya meraih gaji mahal.
Malah, dia juga tahu beraksi dengan City bermakna peluang meraih kejuaraan lebih tinggi berbanding terus menetap di Arsenal yang mana dia hanya sekali merangkul gelaran Piala FA sejak menyertai pasukan kendalian Arsene Wenger. - AGENSI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...