Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Saturday, 17 December 2011

Waris tunggal Mat Kilau meninggal


JERANTUT  - Satu-satunya waris tunggal pahlawan negara, Mat Kilau iaitu Ibrahim Omar meninggal dunia di Hospital Jerantut di sini kira-kira pukul 8.50 pagi Isnin lalu.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 77 tahun akibat radang paru-paru dan lemah jantung.
Anak saudaranya, Ismail Mat Kahar, 50, berkata, Allahyarham Ibrahim adalah cucu sebenar kepada Mat Kilau dan merupakan anak kelima daripada enam beradik.
Tambahnya, Allahyarham dilahirkan pada 1934 dan menjadi waris terdekat Mat Kilau yang menetap di Pulau Tawar dekat sini.
"Sejak Mat Kilau diisytiharkan kepada khalayak pada 26 Disember 1969, Allahyarham Ibrahim kekal menjadi waris yang juga cucu terdekat pahlawan terbilang itu dan tidak pernah berhijrah dari Pulau Tawar.
"Allahyarham juga dijadikan tempat rujukan dan tumpuan pelawat yang berkunjung ke Pulau Tawar untuk mengetahui perjuangan serta kehidupan Mat Kilau," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...