Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Saturday 17 December 2011

City resah tanpa Yaya dan Kolo Toure



MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Roberto Mancini yakin pasukannya mampu memenangi Liga Perdana Inggeris jika mampu menangani kehilangan pemain utama yang menyertai Piala Negara Afrika untuk terus berada di puncak liga.
City berazam menamatkan minggu sukar yang menyaksikan rekod tanpa kalah mereka lebur kepada Chelsea, Isnin lalu apabila berdepan Arsenal di Eastlands.

Kebangkitan pasukan Mancini daripada kekalahan pertama mereka di saingan domestik akan menentukan sama ada mereka mampu bertahan dan mampu merampas gelaran Liga Perdana Inggeris daripada Manchester United.
Begitupun, Mancini memandang jauh ke depan apabila kejohanan di Afrika yang berlangsung dari 21 Januari hingga 12 Februari tahun depan akan menyebabkan kelab itu kehilangan khidmat dua beradik, Yaya dan Kolo Toure.

Kehilangan pemain tengah, Yaya pastinya lebih dirasai City dan Mancini mendedahkan dia merancang untuk mengekalkan pemain itu dalam pasukan selewat-lewatnya sehingga 16 Januari depan, enam hari sebelum Ivory Coast berdepan perlawanan pertama menentang Sudan.

“Saya harap dia akan terus di sini sehingga perlawanan dengan Wigan jika boleh,” kata Mancini. “Perlawanan menentang Wigan berlangsung seminggu sebelumnya Piala Negara Afrika.” - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...