Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Showing posts with label EPL. Show all posts
Showing posts with label EPL. Show all posts

Wednesday, 4 January 2012

Kenyataan David De Gea

David De Gea menegaskan beliau boleh pulih dari permulaan goyah di Manchester United.

Dan pembelian musim panas £17.8 juta itu menganggap beliau mampu melepasi pencapaian Edwin van der Sar.

Penjaga gol Belanda itu memenangi 11 trofi di Old Trafford sebelum De Gea, 21, tiba dari Atletico Madrid untuk menggantikannya musim ini.

Namun De Gea melakukan siri kecuaian – termasuk memberikan Grant Hanley gol kemenangan mengejut untuk Blackburn hari Sabtu lepas.

Pemain baru ini telah melepaskan 26 gol dari 19 perlawanan manakala pesaing utamanya, Anders Lindegaard telah mengekalkan gawang tanpa bolos enam perlawanan berturut-turut.

Namun De Gea memberitahu: "Semoga saya akan dapat menyamai atau melepasi pencapaian dan sumbangan yang dilakukan Edwin."

"Mari hadapinya, semua penjaga gol sekali-sekala melakukan kesilapan dan tiada siapa di antara kami yang sukakannya."

"Kesilapan berlaku tapi saya akan menjadi lebih berkeyakinan. Stail permainan di sini lebih fizikal dan sebagai seorang penjaga gol anda perlu bersiap-sedia dengannya."


 
 

Monday, 26 December 2011

Mourinho ke MU ?

MADRID: Bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho berhasrat untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris apabila khidmatnya bersama kelab La Liga, Real Madrid berakhir, kata pengendali dari Portugal itu semalam.
“Saya sangat gembira bersama Real Madrid,” kata Mourinho kepada program ‘Today’, BBC Radio Four.

“Saya tidak mahu mensia-siakan peluang bekerja di sini namun minat saya adalah di England dan langkah saya selepas ini adalah untuk kembali ke sana dan jika menjadi kenyataan akan meluangkan masa lebih lama,” kata Mourinho yang bakal menamatkan kontrak empat tahun dengan Real pada musim 2013-14.
“Berikan saya kelab yang bagus dalam tempoh beberapa tahun ini,” kata 48 tahun itu sambil ketawa.

Tempoh tiga tahun Mourinho di Chelsea tamat pada 2007 dan beliau kemudian membantu kelab Itali, Inter Milan menjuarai Liga Juara-Juara pada 2010, kejayaan kedua di kejohanan itu selepas 2004 bersama Porto.

Beliau digembar-gemburkan media sebagai calon terbaik pengganti pengurus United, Alex Ferguson yang masih mempunyai baki kontrak setahun bersama juara Inggeris itu. - Reuters

Tuesday, 20 December 2011

Gary Cahill menarik minat Arsenal

  Pemain yang menjadi sasaran kelab Chelsea dan Tottenham, Gary Cahill mungkin akan menolak untuk memperbaharui kontraknya bersama dengan Bolton dan dia mungkin akan menjadi agen bebas pada musim panas hadapan. Chelsea yang sebelum ini dilaporkan pernah membuat tawaran sebanyak 7 juta pound untuk pemain itu mungkin akan mendapatkan Cahill dengan status agen bebas yang akan menguntungkan mereka jika pemain itu benar-benar tidak mahu memperbaharui kontraknya di kelab Bolton
  Chelsea ingin mencari bek tengah yang boleh berpasangan dengan John Terry iaitu Gary Cahill.Andres Villas Boas,pengurus Chelsea yang baru mengatakan dia sedia membeli Cahill dengan harga yang ditawarkan oleh Bolton.
  Arsenal dijangka mendapat tandatangan pemain tersebut namun begitu Arsenal enggan untuk membayar 17 juta dan Arsenal bersedia menawarkan Nicklas Bentner plus 12 juta untuk Cahill.Bolton menolak tawaran tersebut dan mengatakan kelab itu hanya sedia menerima tunai sahaja

Alexandre Pato kini jadi rebutan

 "Saya punya kontrak dengan Milan hingga musim panas 2014 dan saya ingin menghormatinya," ujar Pato


Pemain yang pernah dikaitkan dengan Arsenal, Chelsea dan juga Manchester City, Alexandre Pato kini dikhabarkan sudah bersedia untuk dijual oleh AC Milan. Walaupun sebelum ini naib presiden kelab AC Milan, Adriano Galliani telah menafikan yang pemainnya itu akan dijual, tetapi laporan terbaru daripada Sport telah mendedahkan yang setelah kembalinya ,Silvio Berlusconi,iaitu presiden kelab AC Milan, Berlusconi dikatakan sudah bersedia untuk meletakkan Pato dalam senarai pemain untuk dijual untuk mencari dana bagi menambah muka-muka baru di dalam skuadnya pada tahun hadapan.
  •  Tawaran yang ditawarkan oleh Chelsea untuk mendapatkan striker Alexandre Pato cukup tinggi . Tawaran berupa dana senilai €25 juta plus salah satu dari Nicolas Anelka / Salomon Kalou itu masih lagi ditolak oleh AC  Milan kerana Milan menginginkan anggaran sekurang-kurangnya €40 juta.

Fernando Torres bangkitlah

Aku cukup kecewa dengan prestasi Fernando Torres setakat ini. Setahu aku penyerang Sepanyol ini amat disegani dan dikagumi oleh peminat bolasepak seluruh dunia maka tidak hairan lah perpindahannya memecah rekod perpindahan English Premier League. Namun kini setelah bersama Chelsea beliau ketandusan untuk menjaringkan gol. Berbaloi ker Chelsea dengan nilai perpindahannya yang bernilai 50 juta pound sterling ?

Harap -harap pemain yang terkenal dengan gelaran El Nino ini berjaya menempatkan Chelsea ke tangga teratas di penghujung saingan nanti....@ sekurangnya berjaya beri saingan ke MU mahupun Man. City...
 Gaji yang ditawarkan The Blues terhadap Fernando teramat tinggi iaitu sekitar £150,000 namun prestasi yang ditunjukkan cukup mengecewakan. Malah dikhabarkan Chelsea sanggup menjual pemain ini
dengan harga awal sekitar £20 juta.
Chelsea mungkin tidak dapat menahan sabar lagi ke atas pemain berusia 27 tahun tersebut dan Chelsea kini bakal menjualnya di bulan Januari depan.

 Sejak pindah ke London dari Liverpool, Torres belum sekalipun menunjukan permainan yang meningkat. Dia bahkan jauh berada di belakang Didier Drogba dan Daniel Sturridge.
Dia gagal mendapatkan tempat utama dan lebih sering duduk di bangku cadangan.
 Bahkan saat melawan Manchester City tempoh hari,  dia sama sekali tidak diturunkan dan terlihat mendiamkan saat semua pemain merayakan kemenangan the Blues atas City melalui gol penalti Lampard.

Monday, 19 December 2011

Sekadar berita dari EPL

  1. AVB menggalakkan Fernando Torres yang kurang menyerlah di Chelsea mendapatkan dorongan tunjuk ajar daripada Didier Drogba.
  2.  Sir Alex Ferguson telah memberi amaran kepada Paul Pogba supaya jangan tamakkan keewangan jika tidak mahu menghancurkan masa depannya bersama Manchester United
  3.  Pemain yang pernah dikaitkan dengan Arsenal, Chelsea dan juga Manchester City, Alexandre Pato kini dikhabarkan sudah bersedia untuk dijual oleh AC Milan. Walaupun sebelum ini naib presiden kelab AC Milan, Adriano Galliani telah menafikan yang pemainnya itu akan dijual, tetapi laporan terbaru daripada Sport telah mendedahkan yang setelah kembalinya ,Silvio Berlusconi,iaitu presiden kelab AC Milan, Berlusconi dikatakan sudah bersedia untuk meletakkan Pato dalam senarai pemain untuk dijual untuk mencari dana bagi menambah muka-muka baru di dalam skuadnya pada tahun hadapan.
  4.  Pemain yang menjadi sasaran kelab Chelsea dan Tottenham, Gary Cahill mungkin akan menolak untuk memperbaharui kontraknya bersama dengan Bolton dan dia mungkin akan menjadi agen bebas pada musim panas hadapan. Chelsea yang sebelum ini dilaporkan pernah membuat tawaran sebanyak 7 juta pound untuk pemain itu mungkin akan mendapatkan Cahill dengan status agen bebas yang akan menguntungkan mereka jika pemain itu benar-benar tidak mahu memperbaharui kontraknya di kelab Bolton
  5.  Kenny Dalglish kini dikatakan telah membuat pemantauan terhadap pemain Wolves, Steven Fletcher ketika dia mahu membuat beberapa penambahan pemain di bahagian serangan apabila situasi kini menunjukkan kelab Liverpool kini seperti terlalu mengharapkan Luis Suarez untuk menjaringkan gol buat pasukan
  6.  Harry Redknapp yakin yang kelab Chelsea bimbingan Andre Villas-Boas memiliki mentaliti yang cukup lengkap untuk terus bersaing merebut kejuaraan EPL pada musim ini setelah menewaskan Manchester City pada isnin yang lalu
  7.  Kapten Manchester United, Nemanja Vidic percaya pasukannya akab terus bangkit menjelang krismas nanti dan memberikan cabaran yang serius untuk memenangi EPL pada musim ini kepada pendahulu liga, Manchester City. Pasukan Manchester United sebelum ini telah menunjukkan trek rekod yang amat baik apabila menjelang bulan Disember sejak tahun 2007 apabila statistik telah membuktikan yang pasukan bimbingan Sir Alex Ferguson telah menjadi pasukan yang memungut mata paling banyak daripada mana-mana kelab yang menduduki tempat teratas dalam tempoh itu. Vidic yang hampir pasti akan berada di bangku kecederaan sehingga tamat kempen EPL pada musim depan akibat kecederaan lutut yang serius tetap yakin yang pasukannya akan sekali lagi menunjukkan keupayaan hebat mereka apabila memasuki musim sejuk.
  8.  Tottenham dilaporkan akan membuat tawaran sebanyak £20 juta untuk penyerang Manchester City, Carlos Tevez.
  9.  Chelsea kini sedang menumpukan usaha untuk mendapatkan penyerang Real Madrid, Gonzalo Higuain dengan tawaran £30 juta selepas AC Milan menafikan akan melepaskan penyerangnya pada januari ini.
  10.  Lagenda kelab Newcastle, Alan Shearer menyatakan kekagumannya kepada Robin Van Persie dengan melabelkan kapten Arsenal itu akan menempatkannya dirinya dalam kalangan penyerang terhebat di EPL apabila dia bersara nanti dan dia juga menyatakan dia akan turut menumpang kegembiraan jika Van Persie dapat memecahkan rekod gol setahun yang masih dipegangnya pada ketika ini.
  11.  Andre Villas-Boas mengakui ia adalah sedikit memenatkan untuk cuba menyakinkan Didier Drogba supaya pemain memperbaharui kontraknya bersama kelab Stamford Bridge itu. Drogba yang akan tamat kontraknya pada musim ini diintai oleh kelab Anzhi dari Russia yang dikatakan sanggup menawarkan tawaran setinggi 10 juta pound untuk pemain itu dan kelab Shanghai Shenhua dari China yang baru sahaja mendapatkan Nicholas Anelka turut berminat untuk mendapatkan Drogba.
  12.  Harry Redknapp yakin tidak akan ada tawaran yang akan membuatkannya cair untuk melepaskan Gareth Bale dan Luka Modric daripada kelab Tottenham. Dia amat yakin yang pengerusi kelab akan terus mempertahankan dua tonggak kelab itu supaya mereka terus menabur bakti di White Hart Lane pada masa akan datang.
  13.  Cristiano Ronaldo telah membuat satu kejutan apabila beliau mengatakan ingin pulang ke England semula untuk bermain di Kelab Manchester City ataupun Manchester United.
  14.  Pengurus QPR Neil Warnock melancarkan bidaan untuk mendapatkan pemain Manchester City, Nigel de Jong secara pinjaman sehingga tamat musim ini. 
  15. Sir Alex Ferguson bersedia untuk membuat tawaran kepada pemain tengah Roma, Daniele de Rossi
Credit to Muadz Ubola Network

Saturday, 17 December 2011

City resah tanpa Yaya dan Kolo Toure



MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Roberto Mancini yakin pasukannya mampu memenangi Liga Perdana Inggeris jika mampu menangani kehilangan pemain utama yang menyertai Piala Negara Afrika untuk terus berada di puncak liga.
City berazam menamatkan minggu sukar yang menyaksikan rekod tanpa kalah mereka lebur kepada Chelsea, Isnin lalu apabila berdepan Arsenal di Eastlands.

Kebangkitan pasukan Mancini daripada kekalahan pertama mereka di saingan domestik akan menentukan sama ada mereka mampu bertahan dan mampu merampas gelaran Liga Perdana Inggeris daripada Manchester United.
Begitupun, Mancini memandang jauh ke depan apabila kejohanan di Afrika yang berlangsung dari 21 Januari hingga 12 Februari tahun depan akan menyebabkan kelab itu kehilangan khidmat dua beradik, Yaya dan Kolo Toure.

Kehilangan pemain tengah, Yaya pastinya lebih dirasai City dan Mancini mendedahkan dia merancang untuk mengekalkan pemain itu dalam pasukan selewat-lewatnya sehingga 16 Januari depan, enam hari sebelum Ivory Coast berdepan perlawanan pertama menentang Sudan.

“Saya harap dia akan terus di sini sehingga perlawanan dengan Wigan jika boleh,” kata Mancini. “Perlawanan menentang Wigan berlangsung seminggu sebelumnya Piala Negara Afrika.” - AFP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...