Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday 15 December 2011

Penyiasat stesen TV swasta dipenjara, denda


lupuskan harta curi
KOTA BHARU – Seorang penyiasat stesen televisyen swasta dijatuhi hukuman penjara dua tahun lima bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah pada empat pertuduhan, termasuk mencuri dan melupuskan harta curi.

Kamalahasan Mohd Ikraman, 26, turut disabitkan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana menagih dan diperintahkan menjalani pengawasan dua tahun selain perlu melaporkan diri di Balai Polis Terengganu pada 17 hari bulan, pada setiap bulan.

Dia yang beralamat di Jalan Hospital di sini, didakwa pada pertuduhan pertama menghapuskan harta curi iaitu sebuah televisyen berjenama milik Hotel Akubig bernilai RM1,400 di Restoran Mustaqim Seafood, pada jam 6 petang, 10 Jun lalu.

Pertuduhan kedua, dia didakwa dengan niat mencuri dua buah televisyen LCD 22 inci jenama Samsung milik Hotel Al-Quds antara jam 11.30 pagi pada 5 Jun lalu hingga jam 6.30 pagi, 6 Jun lalu di dalam bilik hotel berkenaan di Jalan Sultan Yahya Petra di sini.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Bagi pertuduhan ketiga, Kamalahasan dituduh atas pertuduhan pilihan menghapuskan harta curi dengan menjual sebuah televisyen berjenama dan alat kawalan jauh kepada seorang lelaki bernilai RM1,300 kepunyaan One Station Hotel di Kampung Banggol, Jalan PCB, pada jam 1.05 petang, 20 Oktober lalu.

Bagi kesalahan pertama dan ketiga, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Kesemua kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Dayana Mohamad, manakala tertuduh diwakili peguam bela R Krishman.

Semua hukuman penjara berjalan serentak dari tarikh ditangkap 19 Oktober lalu, manakala pertuduhan menagih iaitu penjara lima bulan pula selepas hukuman penjara dua tahun.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...