Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday 8 December 2011

Chef Wan dikritik kerana lantang mengkritik...hehe



CHEFWAN
Peserta program realiti televisyen yang tidak boleh menerima kritikan dinasihatkan tidak bertanding atau tinggalkan saja rancangan berkenaan.

Itulah saranan dari juri Maharaja Lawak Mega (MLM), Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, ketika ditemu ramah dalam Program Kerusi Panas terbitan Bernama Radio 24, kelmarin.

Chef Wan menegaskan, peserta-peserta tidak boleh selalu mengharapkan pujian daripada juri semata-mata untuk menyedapkan hati mereka yang membuatkan mereka rasa syok sendiri.

Chef Wan berkata, walaupun kritikannya agak lantang, namun apa yang dilontarkannya itu bersifat membina, selain memperbetulkan kesilapan peserta.

"Langsung tidak timbul soal pilih kasih terhadap mana-mana peserta. Saya sedar bukan semua orang yang boleh menerima kritikan pedas terhadap persembahan peserta dalam program MLM kerana setiap orang ada mentalitinya tersendiri.

 "Tetapi saya tidak kisah bagaimana orang lain melihat saya. Kalau seseorang peserta memberikan persembahan yang baik, saya akan kata baik dan yang tidak baik saya kata tidak baik. Kita harus jujur dalam kritikan kita," katanya.

Dalam pada itu, Chef Wan turut melahirkan harapan agar peserta yang menyertai program realiti seperti MLM dapat menghasilkan sesuatu lawak yang benar-benar berkualiti, mencuit hati dan bukannya bersifat lawak bodoh yang boleh mengaibkan personaliti tertentu.

Menyentuh mengenai tanggapan segelintir pihak yang mendakwa beliau tidak layak menjadi juri pertandingan lawak itu, Chef Wan berkata, pihak Astro boleh menggantikan tempatnya dengan juri lain. Namun selagi diberi amanat itu, beliau akan menjalankan tugas penjurian sebaik mungkin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...