Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday 8 December 2011

Shafie mengaku kerajaan tiris



 Datuk Mohd Shafie Apdal
PUTRAJAYA – Kerajaan bercadang mengeluarkan arahan kepada pegawainya untuk mengatasi masalah ketirisan dalam menentukan perbelanjaan dan tuntutan yang tidak munasabah seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2011, baru-baru ini.
 
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd Shafie Apdal berkata, peraturan tersebut dikenali sebagai arahan kewangan dan perakaunan pengurusan syarikat yang meliputi peraturan dan pekeliling mengikut kesesuaian syarikat akan dilaksanakan tidak lama lagi.
 
Katanya, ia meliputi Standard Operasi Prosedur (SOP) berkaitan pengurusan kewangan dan mengurangkan kos operasi serta mengelak pembaziran.
 
“Ia secara tidak langsung meningkatkan akauntabiliti dan urus tadbir sektor awam, terutama di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan agensinya yang mana turut dirasai 68 anak syarikat lain.
 
“Dengan itu, mereka akan bekerja secara profesional, komited dalam satu pasukan. Paling penting, tidak kedengaran pegawai yang memberi alasan terlalu sibuk dengan beban kerja sehingga tidak boleh memberi tumpuan kepada pentadbiran dan pengurusan sesuatu projek,” katanya pada sidang media selepas majlis penutupan Seminar Pengauditan Syarikat di kementeriannya, semalam.
 
Hadir sama, kedua timbalannya, Datuk Joseph Entulu Balaun dan Datuk Hassan Malek; Ketua Setiausaha, Datuk Ibrahim Muhamad dan Timbalan Ketua Audit Negara Sektor Audit Kerajaan Persekutuan, Datuk Anwari Suri.
 
Menurutnya, ketirisan seperti dilaporkan Audit perlu dijadikan iktibar pegawainya supaya tidak berulang pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...