Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Monday 12 December 2011

Berita bola antarabangsa

Anelka sah beraksi di China

Bintang Chelsea, Nicolas Anelka ( 32 tahun )  kini sah menjadi milik kelab China, Shanghai Shenhua.
Shanghai Shenhua mengesahkan perkara tersebut dan menganggap penghijrahan Anelka itu sebagai satu fenomena yang cukup besar dalam saingan Liga Super China.
Menurut kenyataan kelab tersebut, Anelka telah menandatangani kontrak selama dua tahun dan akan mula beraksi bulan depan.
Berdasarkan laporan media sebelum ini, Anelka bakal menerima gaji sebanyak dua kali ganda berbanding £200,000 (RM985,320.57) yang diterimanya seminggu ketika bersama Chelsea.
Perpindahan Anelka merupakan yang termahal bagi Liga Super China selepas Guangzhou Evergrande menandatangani pemain tengah Argentina, Dario Conca pada Julai lalu.
Sebelum mengikat Anelka, Shanghai Shenhua telah membelanjakan sebanyak AS$7.5 juta (RM23.7 juta) musim ini ketika membeli penyerang Brazil, Cleo dan Muriqui -AFP



Menjelang aksi separuh akhir Piala Kelab Dunia Al Sadd tak gentar reputasi Barca



BARISAN pemain Al-Sadd meraikan jaringan Khalfan Al Khalfan (tengah) ketika menentang Esperance pada aksi suku akhir Piala Kelab Dunia di Toyota, Jepun semalam. Al-Sadd menang 2-1.



TOYOTA, Jepun - Juara Asia, Al Sadd sudah bersedia menggempur gergasi Eropah, Barcelona apabila kedua-dua pasukan berentap pada aksi separuh akhir Piala Kelab Dunia, Khamis ini.
Terdahulu, kelab Qatar itu menempah slot separuh akhir selepas menjinakkan wakil Tunisia, Esperance 2-1 pada aksi suku akhir semalam.
Biarpun dilihat bakal menghadapi tugas getir, apatah lagi Barcelona masih segar dengan kemenangan 3-1 ke atas seteru utama, Real Madrid dalam aksi Liga Sepanyol Ahad lalu, juru- latih Al Sadd, Jorge Fossati tetap menaruh keyakinan yang tinggi terhadap kemampuan anak-anak buahnya.
"Kami mampu menang. Jika kami memiliki 15 atau 16 pemain di atas padang, sudah tentu peluang kami lebih cerah. Saya percaya, tidak ada apa-apa yang mustahil dalam bola sepak.
"Meskipun Barcelona adalah pasukan terbaik di dunia, mereka juga pernah tewas kepada kelab kurang ternama seperti Getafe sebelum ini.
"Selagi kami merendah diri dan meneruskan semangat perjuangan yang tinggi, segala-galanya mungkin," kata Fossati.
Beliau berkata, skuad kendaliannya telah mencipta sejarah apabila berjaya membuat penampilan pertama pada saingan Piala Kelab Dunia.
"Layak ke separuh akhir dan berpeluang menentang pasukan bertaraf dunia bukan berlaku setiap hari.
"Ia suatu pengalaman yang menyeronokkan dan yang penting setiap pemain harus menikmati peluang sebegini.
"Buat masa ini, saya hanya mahu menikmati detik indah dengan kejayaan menewaskan Ensperance, tentang Barcelona belakang cerita," jelasnya yang merupakan bekas jurulatih skuad kebangsaan Qatar dan Uruguay sebelum ini.
Menurut Fossati, nasib juga memainkan peranan yang besar ketika menentang Barcelona kelak.
"Bagi mana-mana pasukan dari luar Sepanyol, sudah tentu perlawanan menentang Barcelona sememangnya ditunggu- tunggu.
"Cuma bagi saya, ia adalah cabaran yang cukup sukar buat pemain saya, jadi saya tidak lagi mahu memikirkannya," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...