Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Monday 12 December 2011

kerajaan gagal menangani anak luar nikah di kalangan melayu

152,182 orang anak luar nikah 2008-2010

Bilangan anak luar nikah atau anak tidak sah taraf bagi tahun 2008 sehingga 2010 berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ialah seramai 152,182 orang.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie berkata, selain itu statistik turut menunjukkan Sabah merupakan negeri paling tinggi mencatatkan kelahiran anak luar nikah iaitu 41,490 orang diikuti Selangor (18,983 orang), Sarawak (17,570 orang), Johor (16,298 orang) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (12,095 orang).
Ujarnya, antara punca timbulnya gejala tersebut disebabkan beberapa faktor antaranya :
  • menonton video dan laman web lucah, 
  • kurang didikan agama,
  • ingin mencuba, 
  • pengaruh rakan sebaya dan 
  • rela melakukan hubungan seks.
  • tidak mempunyai pengetahuan berhubung kesihatan repoduktif dan seksual,
  • kurangnya perhatian ibu bapa serta
  • diperkosa saudara sendiri


 Tiada tindakan terhadap ibu yang bukan beragama Islam, tetapi bagi ibu beragama Islam mereka tertakluk kepada peruntukan kesalahan jenayah syariah.
"Sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak lebih RM5,000, dipenjara tiga tahun. Untuk ibu di bawah 16 tahun mereka tertakluk di bawah peruntukan 376 Kanun Keseksaan iaitu jenayah rogol. Ini disebabkan mereka masih di bawah umur.
"Bagi mereka yang lebih 18 tahun dan sabit kesalahan merogol gadis di bawah umur boleh dihukum penjara antara lima hingga 20 tahun serta sebatan," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...