Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 9 December 2011

Barang kualiti, harga murah

KUALA LUMPUR: Kementerian akan memastikan kualiti ikan dan harga barang keperluan dijual di Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia dikekalkan supaya tidak timbul isu lain berikutan harga murah ditawarkan pengusaha.
Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Raihan Sharif, berkata setiap hari penguatkuasa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) datang memeriksa kualiti serta harga barang.

Katanya, ia dibuat untuk memastikan pengguna mendapat barangan berkualiti, segar dengan harga murah.
“Ikan dijual di sini dibawa terus daripada jeti, tanpa menggunakan orang tengah (pemborong), sekali gus dapat mengurangkan harga 30 hingga 40 peratus lebih murah daripada pasaran.

“Pengusaha juga akan memastikan lebihan ikan tidak akan dijual pada keesokan harinya, sebaliknya baki jualan akan digunakan membuat produk berasaskan ikan seperti kuah laksa sejuk beku dan ikan rebus,” katanya ketika merasmikan Kedai Ikan Rakyat di Centrum Setiawangsa, di sini, semalam.

Kedai Ikan Rakyat antara langkah diambil kementerian dalam memenuhi saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membangunkan pelan tindakan dalam menurunkan harga barangan makanan iaitu sayur-sayuran, ayam, daging lembu dan ikan dalam tempoh tiga bulan.

Penubuhan kedai pertama di Setiawangsa di sini oleh pihak swasta berjaya menurunkan harga barangan makanan jauh lebih murah daripada harga pasaran. Produk utama, ialah lima jenis ikan rakyat, iaitu ikan selar, selayang, kembung, cencaru, pelaling dan dua jenis ikan air tawar (keli dan talapia). Kedai ini turut menjual barang kering, sayur, buah, ayam, daging serta produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...