Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 9 December 2011

Pengunjung pusat hiburan ambil dadah

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan bukan saja dikesan beroperasi lebih masa, tetapi sebahagian besar pengunjungnya mengambil dadah dan serbuan polis pagi semalam menahan pelanggan termasuk wanita serta warga asing yang positif dadah jenis syabu serta ectasy.
Dalam serbuan di Taman Miharja, Cheras kira-kira jam 6.15 pagi itu, seramai 56 pengunjung diperiksa dan hasilnya 27 lelaki serta 15 wanita didapati positif dadah.

Difahamkan, premis tiga tingkat itu pernah beberapa kali diserbu sebelum ini termasuk terbaru dua minggu lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Cheras.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata siasatan mendapati kebanyakan pelanggan pusat hiburan itu pengunjung pusat hiburan lain yang ingin terus berhibur selepas operasi di premis lain tamat.

“Polis menahan 41 warga tempatan, sembilan daripadanya wanita, tiga lelaki Bangladesh dan 11 wanita warga Vietnam. Semua suspek yang positif dadah akan disiasat mengikut Seksyen 15 (1a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, polis turut akan mengambil tindakan terhadap pemilik premis berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...