Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday, 16 December 2011

Balkis boleh kembali bergerak



KUALA LUMPUR. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan Badan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) boleh kembali bergerak setelah pendaftarannya dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 2009 atas dakwaan salah guna dana.
Hakim Datuk Rohana Yusuf membuat keputusan itu di dalam kamar selepas bertemu peguam, S. Selvarajah yang mewakili pemohon-pemohon dan Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi yang mewakili ROS.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pernah menuduh Balkis telah menyalahgunakan kewangannya semasa di bawah presidennya yang dahulu, Datin Seri Zaharah Kechik iaitu isteri Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo.
Pemohon terdiri daripada kerajaan negeri Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut (isteri Khalid), Permodalan Negeri Selangor Berhad, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Worldwide Holdings Berhad, Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd., Selaman Sdn, Bhd., PKNS Infra Berhad dan PKNS Engineering & Construction Bhd.
Mereka telah memohon agar satu semakan kehakiman dibuat berhubung keputusan ROS yang membatalkan pendaftaran Balkis dan mereka mahu agar Balkis dibenarkan kembali bergerak. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...