Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Tuesday 13 December 2011

Wakil negara main catur pada usia 4 tahun

SHAH ALAM: Comel dan berbakat luar biasa, ungkapan terbaik bagi si cilik berusia empat tahun, Puteri Rabiatul Adawiyah Mat Zaki yang handal bermain catur dan akan menyertai Kejohanan Catur Sekolah Asia ke-7 di New Delhi, India bermula 16 sehingga 23 Disember ini.
Kanak-kanak pintar juga dikenali dengan panggilan mesra sebagai Puteri itu akan bertanding dalam kategori bawah lima tahun dan dia wakil tunggal negara dalam kategori itu.

Ibunya, Raja Noraishah Raja Mahmud, 48, berkata lebih membanggakan apabila Puteri yang mula mengenali catur ketika usia setahun, satu-satunya wakil Melayu yang memasuki pertandingan berkenaan.
“Pada usia setahun, dia sudah mengenali karakter dalam permainan catur seperti knight (kuda) dan dia mula belajar bermain catur pada usia tiga tahun,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...