Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 9 December 2011

Tun M sedih kenangkan orang Melayu Pulau Pinang


Tun Dr Mahathir Mohammed
SHAH ALAM – Orang Melayu di Pulau Pinang ketika zaman penjajahan British dilihat sudah hilang kedudukan di negeri yang membangun dengan pantas hasil daripada pengisytiharannya sebagai pulau bebas cukai.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, deretan kedai dan rumah batu seperti mahligai diduduki orang lain, sementara orang Melayu terpaksa pindah melarikan diri daripada pembangunan bandaraya Pulau Pinang kerana tawaran untuk menjual hartanah mereka begitu tinggi.
Beliau berkata, mereka semua miskin dan tidak mampu membeli atau menyewa bangunan kedai atau rumah kediaman yang didirikan, selepas menjual tanah mereka.
“Apabila pembangunan sampai ke kawasan di mana orang Melayu telah lari, mereka sekali lagi menjual tanah dan berpindah jauh daripada pembangunan.”
“Lama-kelamaan mereka tenggelam dalam masyarakat asing yang semakin bertambah dan mewah. Itulah nasib mereka, menjadi kumpulan orang yang terasing di negeri sendiri. Maka mengalirlah air mata mereka,” katanya yang dipetik dari blognya.
Menurutnya, sukar bagi orang Melayu Pulau Pinang yang dilahir di zaman ini menggambarkan kehidupan orang Pulau Pinang di zaman British.
“ Apa perlunya kita diperingati akan kedudukan orang Melayu Pulau Pinang di zaman itu? Sebenarnya tidak perlu. Setelah mencapai kejayaan, tidak mungkin kita ditimpa nasib orang Melayu Pulau Pinang.”
“Sekali berjaya tetap berjaya, sekali merdeka, tetap merdeka. Kita akan terus Melayu walaupun hanya menjadi pemandu kereta, buruh kasar, budak pejabat. Kita Melayu juga. Tak perlu mengalir air mata,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...