Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 9 December 2011

Tukang kimpal dilibas parang

MIRI: Seorang tukang kimpal terpaksa memandu kereta bersendirian dalam keadaan berlumuran darah sejauh kira-kira 20 kilometer (km) ke Hospital Miri selepas diserang dengan parang panjang berhampiran sebuah kawasan perumahan di Senadin di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Sim, 44, diserang secara tiba-tiba oleh suspek ketika berjalan seorang diri untuk menemui rakannya di sebuah kedai minum tidak jauh dari tempat kejadian.

Mangsa yang gagal mengelak libasan parang panjang itu bagaimanapun bernasib baik apabila hanya mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala.
Difahamkan, suspek yang mengenali mangsa dikatakan bertindak menyerang mangsa disebabkan salah faham dan cemburu membabitkan seorang wanita yang dikatakan mempunyai hubungan dengan mangsa.

Sim ketika ditemui berkata, dia tidak sempat mengelak ketika diserang suspek menyebabkan bahagian belakang kanan kepalanya cedera parah.

“Ketika itu, saya ingat akan mati tetapi mujur sebaik diserang saya, lelaki berkenaan terus melarikan diri manakala saya masih mampu masuk ke dalam kereta ditinggalkan tidak jauh dari tempat kejadian lalu memecut ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di Hospital Miri, semalam.

Menurutnya, kejadian itu mungkin berpunca akibat perasaan cemburu suspek terhadapnya yang menjalin hubungan dengan seorang wanita berusia 20-an berikutan lelaki berkenaan sebelum ini pernah memberitahu turut menyukai wanita sama.

“Saya langsung tidak menyangka dia sanggup bertindak kejam seperti itu. Memang sebelum ini, pernah berlaku perselisihan faham antara kami, namun tidak sampai ke tahap menyerang saya dengan senjata tajam,” katanya.
Katanya, dia belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu kerana masih menerima rawatan di hospital.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...