Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday, 8 December 2011

SPRM mula siasat dakwaan rasuah babitkan Alstom


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan proaktif berhubung dakwaan rasuah yang melibatkan syarikat kejuruteraan Alstom dari Perancis.
  
SPRM juga berhubung dengan pihak berkuasa yang berkaitan di dalam dan luar negara bagi menyiasat dakwaan itu.
  
Menurut kenyataan SPRM hari ini, butiran mengenai siasatan itu tidak boleh didedahkan bagi memastikan ia tidak menjurus kepada tanggapan tidak benar ke atas pihak-pihak yang berkaitan.
  
"Ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 29(4) Akta SPRM 2009. SPRM memandang serius terhadap semua dakwaan rasuah dan akan menyiasat tanpa takut atau memilih kasih.  
  
"Sebarang tohmahan jenayah rasuah akan disiasat jika tohmahan tersebut mempunyai asas seperti yang termaktub di bawah Seksyen 29(3) Akta SPRM 2009," kata kenyataan itu.
  
Dalam pada itu, SPRM turut mengingatkan usahawan dan peniaga tempatan yang beroperasi di luar negara supaya sentiasa menghindar daripada sebarang perlakuan rasuah.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...