Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday 1 December 2011

Sikap pemandu tidak berubah



Sikap pemandu tidak berubah
ALOR GAJAH - Walaupun kerajaan sering melaksanakan kempen keselamatan jalan raya, namun tidak ramai pengguna yang peka dan mematuhi peraturan semasa di jalan raya sekali gus menjadikan sikap pemandu itu sendiri punca utama kemalangan di negara ini.

Pengarah Jabatan Kese­lamatan Jalan Raya (JKJR) Melaka, Norazle Sulaiman berkata, berdasarkan kajian JKJR, faktor tekanan masa seperti ingin cepat sampai dan tergesa-gesa menyebabkan pe­mandu memandu secara melulu hingga membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.

Menurutnya, anggota penguatkuasaan sentiasa menjalankan pemantauan terhadap pemandu yang gemar memandu laju, namun pokok pangkalnya terletak pada pemandu itu sendiri.

“Sikap pemandu itu sendiri yang boleh mengurangkan kemalangan semasa di jalan raya. Sekiranya mereka memandu secara berhemah serta memikirkan keselamatan diri dan orang lain, kadar kemalangan dapat dikurangkan,” katanya.

Pengguna jalan raya, Mohd Zamri Basir, 39, berkata, peraturan keselamatan jalan raya perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa bukan bermusim kerana pemandu di negara ini terlalu dimanjakan sehingga banyak nyawa melayang.

“Saya sering lihat pemandu memotong kenderaan lain di garisan berkembar. Malah, lebih membahayakan apabila ada antara mereka berani memotong ketika berada di selekoh tajam,” katanya.

Menurutnya, kempen keselamatan jalan raya perlu diterap pada peringkat sekolah lagi disebabkan sikap pemandu di negara ini masih lagi berada pada tahap rendah jika dibandingkan dengan negara maju yang lain.

“Saya mencadangkan supaya pihak penguat kuasa dapat melakukan pemeriksaan dengan lebih kerap supaya jalan raya tidak menjadi laluan maut,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...