Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday 1 December 2011

Penganggur didenda RM8,000 kerana lupus barang curi

Mohd-Hairul-tunduk-ketika-gambarnya-dirakam
GEORGETOWN - Mahkamah Majistret di sini semalam mengenakan denda RM8,000 terhadap seorang penganggur setelah mengaku bersalah atas tuduhan melupuskan barang curi bernilai RM4,000.
Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Hairul Iskandar Mohd Isa, 21, didakwa melupuskan sebuah komputer riba, sebuah televisyen LCD dan seutas jam tangan yang kesemuanya bernilai RM3,000, yang diketahuinya barang curi antara 24 Oktober hingga 23 November, di Kedai Pajak Gadai Harmony Enterprise, Jelutong, di sini.
Pertuduhan kedua, Mohd Hairul didakwa melakukan kesalahan dengan melupuskan seutas jam tangan jenama Elle bernilai RM1,000, di tempat dan tarikh yang sama.
Untuk kesalahan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farhana Hashim mengemukakannya mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman  penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Ketika rayuan, Mohd Hairul memohon hukuman terhadapnya diringankan dengan alasan mempunyai tanggungan keluarga.
Bagaimanapun, Nur Farhana memohon hukuman setimpal dijatuhkan dengan mengambil nilai barangan dilupuskan.
Majistret Noor Aini Yusof kemudian mengenakan denda RM4,000 atau 12 bulan penjara untuk setiap pertuduhan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...